Events Calendar

Wednesday 08 July 2020
  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • In The Media
    08 July 2020 08:00am - 08 July 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Baca-Bau3.jpg

     

    Baca Bau2Baca Bau1

    KOTA SAMARAHAN, 8 Julai 2020: Seramai 33 orang peserta terdiri dari golongan ibu para pelajar dari S.K.St.Patrick, Bau, berjaya menamatkan Program Membaca Bersama Ibu, yang dijalankan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS, sejak dua tahun lepas.

    Para peserta antara ibu-ibu kepada 36 orang pelajar sekolah berkenaan yang terpilih oleh untuk menyertai program tersebut sejak tahun 2018 lagi dan ia merupakan salah satu program murni FBK UNIMAS bersama masyarakat setempat di kawasan Bau.

    Program tersebut dijalankan menggunakan  Geran Penyelidikan Khas- Top Down  telah diketuai oleh Dekan FBK UNIMAS, Profesor Dr. Ambigapathy Pandian, dan dibantu oleh kakitangan akademik FBK UNIMAS iaitu Dr. Joseph Ramanair, Profesor Madya Dr. Soubakeavathi Rethinasamy, Encik Damien Mikeng, Encik Dexter Sigan John, Puan Erlinda Mikal dan Cik Keezrawati Mujan Yusuf.

    Sepanjang dua tahun menjayakan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti  bengkel membaca untuk golongan ibu, bengkel bahasa bersama murid dan lawatan sambil belajar ke fakulti pada Hari Terbuka Fakulti 2019.

    Malahan, kumpulan penyelidik yang diterajui Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Profesor Dr Ambigapathy Pandian turut berjaya menerbitkan enam hasil penulisan jurnal dan sebuah buku rujukan masyarakat lagi masih dalam proses penerbitan.

    Sehubungan dengan selesainya Program Membaca Bersama Ibu bersama S.K. St ...





Demo