Events Calendar

Wednesday 06 May 2020
  • In The Media
    06 May 2020 - 06 May 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-05 at 14.46.25 (1).jpeg

     

    KOTA SAMARAHAN, 5 Mei 2020: Proses penghantaran pulang pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Zon Sarawak diteruskan dengan menyaksikan seramai 62 pelajar IPT dihantar pulang ke destinasi masing-masing menggunakan empat buah pengangkutan bas, pagi tadi.

    Daripada jumlah tersebut, 55 pelajar adalah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej iSystem dan Sarawak Skills masing-masing tiga (3) pelajar, manakala AsiaMet (1).Pelepasan bas-bas yang menghantar pulang pelajar IPT Zon Sarawak hari ini bermula dari kampus UNIMAS dan menuju ke Simunjan, Sri Aman, Betong, Sibu, Bintulu dan Miri.

    Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi sempat melawat pelajar-pelajar berkenaan sebelum pelepasan dan memberi sepatah dua kata kepada pelajar mengenai keselamatan diri dan menasihatkan pelajar supaya terus akur dengan arahan yang ditetapkan.Beliau turut meminta pelajar-pelajar supaya bersabar dan tidak berputus asa sebaliknya memahami situasi negara berdepan dengan krisis wabak Covid-19 pada masa ini.Beliau juga berharap supaya pelajar-pelajar sentiasa peka dengan corak pembelajaran dalam talian yang diperkenalkan oleh hampir semua IPT di negara ini supaya tidak ketinggalan dalam pengajian masing-masing.

    Sementara itu, sebelum pelajar memasuki bas-bas yang ditetapkan, mereka (pelajar) terlebih dahulu menjalani saringan kesihatan termasuk beg-beg yang dibawa dan bas-bas turut disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawai-pegawai UNIMAS lain.

    ...





  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





Demo