Events Calendar

Wednesday 20 May 2020
  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





  • In The Media
    20 May 2020 08:00am - 20 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    kit_8_20200519_TYCO3919.jpg

     

    Kota Samarahan, 19 Mei 2020; Jerih perih petugas barisan hadapan UNIMAS mendapat perhatian UNIMAS Publisher dan Pejabat Audit Dalam Universiti Malaysia Sarawak serta beberapa individu perseorangan apabila kumpulan ini menyumbang kit penjagaan diri untuk keperluan petugas barisan hadapan universiti.

    Ia bagi membantu memudahkan urusan dan diharap menjamin keselamatan mereka dalam menangani penularan wabak Covid-19.

    Pencetus idea projek, Pengarah UNIMAS Publisher, Profesor Madya Dr Neilson berkata sumbangan kit penjagaan diri ini membabitkan 100 set yang mengandungi cecair mandian anti-bakteria, span mandi, syampu, dan cecair penyegar mulut bagi keperluan petugas barisan hadapan universiti.

    “Usaha ini adalah hasil kerjasama dua pusat tanggungjawab yang kecil di Bangunan Canselori iaitu UNIMAS Publisher dan Pejabat Audit Dalam termasuk beberapa individu perseorangan yang menyambut baik sokongan untuk mendatangkan keceriaan kepada petugas barisan hadapan UNIMAS yang telah bertungkus-lumus membantu kerajaan negeri dalam proses saringan dan ujian Covid-19.

    “Dana diterima adalah sumbangan peribadi staf yang dizahirkan dalam bantuan yang diharap dapat membantu meningkatkan semangat dan moral petugas barisan hadapan UNIMAS,” kata beliau selepas menyerahkan bantuan itu kepada dua kumpulan utama barisan hadapan universiti iaitu petugas pusat kesihatan dan pegawai keselamatan, hari ini.

    Peralatan berkenaan diserahkan kepada Pengarah Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan UNIMAS, Profesor ...





  • In The Media
    20 May 2020 08:00am - 20 May 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2020-05-20 at 11.25.43.jpeg

     

    KOTA SAMARAHAN, 20 Mei 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kelmarin memulakan proses ujian calitan (swab test) kepada pelajar yang akan dihantar pulang ke Sabah bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS.

    Proses ujian calitan dilakukan sejajar dengan arahan terkini Kementerian Kesihatan yang mewajibkan semua pelajar IPT yang akan pulang ke Sabah bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan COVID-19.

    Ujian calitan tersebut dilakukan secara berperingkat di UNIMAS dan dikendalikan oleh UNIMAS COVID-19 Task Force. Setakat ini, lebih 200 orang pelajar telah menjalani ujian berkenaan.

    Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah meminta semua pelajar IPT yang akan kembali ke Sabah untuk menjalani ujian calitan sebelum mereka dibenarkan pulang ke negeri berkenaan.

    Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pelajar yang disahkan bebas daripada COVID-19 boleh terus dihantar ke negeri masing-masing termasuk Sabah manakala yang positif dihantar ke hospital untuk rawatan.

    Terdahulu, iaitu ahad lepas penerbangan ke Sabah melibatkan penghantaran pulang seramai 80 orang pelajar UNIMAS. Dalam pada itu, UNIMAS hari ini juga telah menghantar seramai 87 pelajar ke Sabah menggunakan pesawat MAS kira-kira jam 12.25 tengah hari.

    Pelajar-pelajar berkenaan merupakan antara pelajar yang telah didapati bebas dari COVID-19 selepas menjalani ...





Demo