Events Calendar

Wednesday 23 December 2020
  • Community Engagement
    23 December 2020 08:00am - 23 December 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Starter Kits News.jpeg

     

    "Digital Makerspace Starter Kit" merupakan produk komersil daripada Makerspace@UNIMAS.
    Kit ini menjadikan Digital Maker Hub (DMH) mudah alih, dan senang untuk diadakan di mana-mana ruang bebas di sekolah.
    Untuk makluman #UNIMASians , setakat ini terdapat 79 buah DMH di seluruh negara – dua daripadanya berlokasi di Sarawak. Apakah DMH?
    DMH merupakan satu ruang pembelajaran terbuka untuk komuniti setempat menyelesaikan masalah secara kreatif dengan pelbagai peralatan Maker berasaskan teknologi digital.
    Dalam usaha untuk menubuhkan lebih banyak DMH dalam komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SACOFA Sdn. Bhd. telah memilih enam buah sekolah luar bandar untuk menyertai program Digital Makerspace dengan "Digital Makerspace Starter Kit".
    Melalui program Digital Makerspace, enam buah sekolah yang menerima "Digital Makerspace Starter Kit" adalah SMK Mukah, SJKC Poi Yuk, SJKC Min Daik, SJKC Kai Chung, SK Maludan and SMK Bau. Dengan kerjasama CSR SACOFA Sdn. Bhd. dan Makerspace@UNIMAS, penyerahan Kit telah bermula pada Nov 2020 dan Kit yang terakhir telah diserahkan kepada SJKC Kai Chung pada awal Disember 2020.

    SMKMukah   SMKBau 

    SKJCKC2 SKJCKC

    Sampan  PoiYuk 

      Kotak

     

     

     





Demo