Events Calendar

Tuesday 03 November 2020
  • In The Media
    28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    theimpactranking20201





  • In The Media
    03 November 2020 08:00am - 03 November 2020 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    TYT1.jpg

     

    TYT2

    Kota Samarahan, 3 November 2020: Kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud merangkap Canselor UNIMAS telah dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, di Demak hari ini.

    Turut menyertai kunjungan hormat tersebut ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan), Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Pendaftar, Tuan Haji Azlan Ramli dan Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Dr Shanti Faridah Salleh.





  • In The Media
    10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Pengarah SQRC, YBhg Prof Dr Tarmiji Masron menerima cenderahati daripada YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Cansel

     

    KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020:  Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.

    Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.

    Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.

     

    Album Lawatan Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC)





Demo