Events Calendar
-
Announcement24 February 2020 - 31 December 2020by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kalendar Aktiviti UNIMAS 2020
Januari 2020
Bil
Tarikh Dan Masa
Tajuk/Nama Aktiviti
Lokasi
Perasmi / (VVIP)
1
3 – 17 Jan
Service Learning Program UNIMAS-Cornel University-UCTS
UNIMAS, Long Lamai-Sibu
2
13 Januari
MoU Signing between UNIMAS and Phuket Rajabath University
Bilik Mesyuarat Pejabat NC, Penthouse
Timbalan Naib Canselor Akademik
3
17-19 Jan
Sukan Asasi Malaysia 2020 (SAM 2020)
Stadium UNIMAS
Timbalan Naib Canselor HEPA
4
30 -31 Jan
Pementasan Semarak Pertiwiku
Istana Budaya, Kuala Lumpur
SPRM, Malaysia
Februari 2020
5
4 Februari
Syarahan Perdana Prof Dr Mohd Zulkarnaen – “ A Story of ...
-
Stories18 November 2020 08:00am - 18 November 2020 05:00pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MUSIM wabak Covid-19 masih belum berakhir, malah negara kita dilanda gelombang ketiga. Masya-Allah, rata-rata kita dipaparkan dengan isu bantuan oleh pelbagai pihak termasuk Ikram sendiri selaku badan NGO banyak turun padang untuk membantu golongan yang terjejas teruk seperti B40. Penulis agak bersimpati. Tidak
kurang juga cabaran manusia di luar negara selain cabaran Covid-19 juga terpaksa berdepan dengan cuaca buruk seperti di Syria dan Palestin.
Golongan Yang Terkesan Teruk
Golongan yang menerima bantuan termasuk mereka yang diberhentikan kerja, peniaga hilang punca pendapatan dan juga wanita dalam kalangan ibu tunggal, fakir miskin serta anak yatim. Sebelum PKP, mereka mempunyai punca pendapatan walaupun hanya cukup makan, tetapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu dan sekarang sudah gelombang ketiga Covid-19 melanda Malaysia.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, ada yang mengadu diberhentikan kerja oleh majikan dan golongan perlu bantuan untuk bangkit semula untuk meneruskan hidup.
Bergantung Kepada Allah SWT
Ramai terpaksa dibuang kerja sekarang. Majikan sudah tidak dapat menanggung kos yang sudah tidak dapat ditampung. Pasangan yang bekerja pasti menghadapi kesukaran jika kedua- dua mereka diberhentikan kerja.
Ramai yang datang menda- patkan kaunseling, menyatakan kerisauan yang tinggi kesan daripada tiada punca rezeki ...
-
Stories08 September 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pejabat Naib Canselor (PNC) dan SQRC telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS di Colosseum 2, Hotel Pullman Kuching pada 3-5 September 2020. Bengkel telah memberi peluang kepada kesemua Ketua Strategik Fokus 1-5 (Strategic Focus Owner 1-5) membentangkan cadangan Strategic Indicator Goal (SIG) masing-masing untuk diperdebat dan dibincangkan.
Turut melakukan pembentangan adalah Pengurus Besar UHSB dan CEO UBS. Bengkel telah dihadiri Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, Dekan, Pengarah dan Pegawai Pengurusan Kanan P&P. Turut serta ialah Pengerusi LPU dan Pengerusi UHSB.
-
Stories17 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59amby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tarikhe: 14 Mac 2020, 8.00am-5.00pm
Hari: Sabtu
Tempat: Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic, Kuching.Pejabat Naib Canselor dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) telah mengadakan Bengkel Penjajaran Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 & 2021-2025. Seramai 170 peserta terdiri daripada Ketua Strategi PTj, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Penyelaras Pascasiswazah dari semua fakulti telah hadir.
Turut serta ialah Dekan dan Pengarah fakulti terpilih yang tidak dapat hadir pada sesi sebelum ini.
Album Bengkel Pelan Strategik UNIMAS [Penjajaran Pelan Strategik 2016-2020 & 2021-2025]
-
In The Media28 April 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59amby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
-
Announcement11 November 2020 08:00am - 18 November 2020 05:00pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
PENTING: Hebahan kepada semua PELAJAR BAHARU UNIMAS: Bantuan Pelan Data RM50 oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Sila kemaskini maklumat akaun bank pelajar di sistem estudent. Sila pastikan maklumat akaun bank anda adalah betul dan akaun adalah milik pelajar sendiri.
Sila kemaskini maklumat akaun bank melalui eStudent di alamat link berikut:
https://smpweb.unimas.my/eStudent
Adalah dimaklumkan bahawa fungsi kemaskini akaun bank melalui eStudent ini
hanya akan dibuka untuk tempoh bermula 06 -10 November 2020 sahaja.mesti dibuat dengan serta merta/segera.Ini Bagi Tujuan Penyaluran RM50 Bantuan Pakej Pelan Data oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Sekiranya terdapat masalah berhubung sistem berkenaan, Sdra/i boleh menghubungi pihak CITDS melalui UNIMAS Support (https://support.unimas.my) atau email hotline CITDS (hotline_citds@unimas.my)
bpTimbalan PendaftarPusat Khidmat Pelajar
-
Announcement28 February 2020 08:00am - 31 December 2022by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
-
In The Media10 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KOTA SAMARAHAN, 9 Mac 2020: Seramai 13 orang staf dari Pejabat Strategi dan Pembangunan Korporat UKM yang diketuai oleh YBhg Prof Dr Norman Mohd Saleh, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) merangkap Pengarah Eksekutif Strategi-UKM telah membuat lawatan ke Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC). Lawatan penandaarasan ke SQRC ini adalah bagi tujuan perkongsian ilmu dan penambahbaikan terhadap proses kerja sistem sedia ada.
Turut serta semasa lawatan adalah Prof Dr Zaidi Omar, Timbalan Pengarah Eksekutif I Strategi-UKM, Prof Madya Dr Wan Zawiah Wan Zin, Timbalan Pengarah Eksekutif Strategi-UKM, Prof Madya Dr Azlan Shah Zaidi, Timbalan Pengarah Eksekutif II Strategi-UKM, Encik Saidi Ismail, Ketua Penolong Pendaftar Kanan dan Ketua Pentadbiran Strategi-UKM, Puan Zaimi Makhtar, Penolong Pendaftar Kanan Strategi-UKM, Puan Nor Saribon Ramli, Penolong Pendaftar Strategi-UKM serta beberapa orang staf dari Pusat Teknologi Maklumat UKM.
Rombongan turut berkesempatan berkunjung ke konti UNIMAS.fm dan YBhg Prof Dr Norman sempat ditemubual oleh DJ yang bertugas. Selain itu, rombongan juga sempat melawat Muzium Anatomi serta Pusat Simulasi Klinikal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) sebelum berangkat pulang.
-
Stories02 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59amby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tarikh: 26 Februari 2020
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Mesyuarat TTNCTaklimat Ketua Strategi PTj telah dikendalikan oleh Pengarah SQRC, Prof Dr Tarmiji Masron. Ketua Strategi PTj adalah jawatan pentadbiran yang baharu diwujudkan dan disandang oleh ahli akademik bagi membantu memantapkan lagi strategi fakulti di UNIMAS ke arah kecemerlangan.