Events Calendar

Thursday 12 November 2020
  • Stories
    08 September 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BPS2125_1.jpg

     

    Pejabat Naib Canselor (PNC) dan SQRC telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS di Colosseum 2, Hotel Pullman Kuching pada 3-5 September 2020. Bengkel telah memberi peluang kepada kesemua Ketua Strategik Fokus 1-5 (Strategic Focus Owner 1-5) membentangkan cadangan Strategic Indicator Goal (SIG) masing-masing untuk diperdebat dan dibincangkan.

    Turut melakukan pembentangan adalah Pengurus Besar UHSB dan CEO UBS. Bengkel telah dihadiri Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, Dekan, Pengarah dan Pegawai Pengurusan Kanan P&P. Turut serta ialah Pengerusi LPU dan Pengerusi UHSB.

    BPS2125 2





  • Stories
    17 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BengkelStrategik.jpg

     

    Tarikhe: 14 Mac 2020, 8.00am-5.00pm
    Hari: Sabtu
    Tempat: Sarawak Chamber, Hotel Riverside Majestic, Kuching.

    Pejabat Naib Canselor dan Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) telah mengadakan Bengkel Penjajaran Pelan Strategik UNIMAS 2016-2020 & 2021-2025. Seramai 170 peserta terdiri daripada Ketua Strategi PTj, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Penyelaras Program dan Penyelaras Pascasiswazah dari semua fakulti telah hadir.

    Turut serta ialah Dekan dan Pengarah fakulti terpilih yang tidak dapat hadir pada sesi sebelum ini.

    BengkelStrategik2

    BengkelStrategik3

    Album Bengkel Pelan Strategik UNIMAS [Penjajaran Pelan Strategik 2016-2020 & 2021-2025]





  • Stories
    02 March 2020 08:00am - 31 December 2020 11:59am
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    taklimat_strategiptj1.jpg

     

    Tarikh: 26 Februari 2020
    Hari: Rabu
    Tempat: Bilik Mesyuarat TTNC

    Taklimat Ketua Strategi PTj telah dikendalikan oleh Pengarah SQRC, Prof Dr Tarmiji Masron. Ketua Strategi PTj adalah jawatan pentadbiran yang baharu diwujudkan dan disandang oleh ahli akademik bagi membantu memantapkan lagi strategi fakulti di UNIMAS ke arah kecemerlangan.

    Album Taklimat Bersama Ketua Strategi PTj





  • Stories
    11 November 2020 08:00am - 12 November 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    shyhsy.png

     

    Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah berjaya menjalankan Sesi Webinar Alumni Series pada 10 November 2020 bersama Encik Mohd Shaiful Izham Haji Abdul Baseht. Encik Saiful Izham merupakan Alumni Program Drama dan Teater, FSGK yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar HEPA 2 di Unit Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA).

    Sesi yang dijalankan secara atas talian ini telah berlangsung selama 2 jam 45 minit bermula 10.00 pagi dan disertai seramai 102 orang pelajar daripada Program Drama dan Teater sendiri.

    Sesi perkongsian yang dijalankan secara santai dan mesra tersebut turut mengupas tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh para pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan selepas bergelar graduan. En Shaiful Izham mengingatkan para pelajar agar menimba sebanyak boleh ilmu pengalaman dan kemahiran semasa di UNIMAS untuk mereka terus memajukan diri tidak kira apa jua bidang pekerjaan yang menanti.

    Program Drama dan Teater percaya bahawa stuktur kurikulum yang sedia ada mampu melahirkan graduan yang holistik dengan sikap yang merendah diri. Encik Shaiful Izham merupakan antara bukti kebolehpasaran graduan program ini.

    Setinggi penghargaan dan terima kasih buat buat panel jemputan atas kesudian untuk berkongsi pengalaman dan nasihat beliau kepada para peserta ...





Demo