Events Calendar

Tuesday 03 September 2019
  • In The Media
    03 September 2019 - 03 September 2019
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    1.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, 29 Ogos 2019- Seramai 116 orang pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS telah diraikan dalam Majlis Appresiasi dan Kesyukuran yang merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Perubatan Unimas (KEPUMAS)

    Majlis ini signifikan dengan pemberian orkid sebagai simbolik di atas kejayaan setiap pelajar perubatan yang telah lulus dalam Peperiksaan Iktisas Akhir Program Perubatan, Sesi Akademik 2018/2019 yang telah diadakan pada 18 Ogos 2019- 21 Ogos 2019 (teori) dan 26 Ogos 2019 - 28 Ogos 2019 (klinikal). Bunga orkid jenis ini telah digunakan sejak lebih 6 tahun sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan pelajar perubatan.

    Cenderahati ini telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Haji Kamarudin Bin Kana kepada para pelajar berkenaan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Prof Madya Dr. Asri bin Said, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Perkhidmatan Klinikal) Prof. Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Nor Aliza binti Abdul Rahim, Timbalan Dekan (Prasiswazah) Prof Madya Dr Ehfa Binti Bujang Safawi, para staf akademik, staf sokongan serta ibu-bapa pelajar.

    Sementara itu, dua anugerah khas telah disampaikan kepada pelajar perubatan yang layak semasa majlis berkenaan. ...





Demo