Events Calendar

Sunday 22 September 2019
  • In The Media
    22 September 2019 03:00pm - 22 September 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    raja3.jpg

     

     

     

     

    raja1raja2

    raja4raja5

    raja6raja7

    raja8

    KOTA SAMARAHAN, 22 September 2019: Warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) amat bertuah kerana Universiti ini menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada hari ini.

    Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bersama rombongan telah melakukan kunjungan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.

    Sejurus selepas melakukan kunjungan ke FPSK UNIMAS, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku telah berangkat tiba ke ke Dataran Caselori seterusnya menyempurnakan majlis penanaman pokok ‘ Bucida Molineti’ dan menandatangani buku pelawat.

    Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim memberitahu sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku mencemar duli ke UNIMAS adalah sesuatu yang bermakna dan membawa erti yang besar kepada warga Universiti ini.

    “ Kola mewakili seluruh warga UNIMAS ingin mengalu-alukan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Tuanku,” sambung beliau.

    Duli Yang Teramat Mulia Tuanku telah bersantapan bersama-sama dengan tetamu-tetamu yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Kamel Mohamad, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan ...





Demo