Events Calendar
-
In The Media18 September 2019 - 18 September 2019by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
12 September 2019, Kuching - Seminar Kepustakawanan 2019 yang berlangsung selama dua (2) hari bermula semalam dan hari ini anjuran Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Maizan binti Ismail, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bertempat di Balai Merdeka Aras 3, Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak. Dalam ucapan beliau menyatakan seminar ini merupakan platform terbaik terutama kepada para profesional maklumat untuk terus mewujudkan perkongsian pintar, berkolaborasi dan memberi nilai tambah ke arah amalan terbaik serta ilmu baharu kepustakawanan agar terus relevan demi memenuhi keperluan pengguna dan masyarakat umumnya. Turut hadir bagi menyampaikan ucapan aluan adalah Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaysia Sarawak (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim mewakili Naib Canselor UNIMAS. "Tema Seminar Kepustakawanan 2019 dilihat diiring dengan hala tuju UNIMAS iaitu 'Nurturing Future Graduate, Strengthening Teaching Excellence, Enhancing Student Experience ' yang juga memfokuskan kepada komuniti UNIMAS dan juga kepada masyarakat sekeliling. Memperkasakan masyarakat dalam ruang lingkup Universiti yang penuh maklumat, memerlukan penglibatan, komitment padu semua warga universiti" kata beliau dalam ucapan aluannya.
Seminar bertemakan 'Memanusiakan Maklumat, Memperkasakan Masyarakat' ini memfokuskan kepada tiga (3) perkara berikut:
- Pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam Perpustakaan/Pusat Maklumat;
- Keterlibatan Perpustakaan dengan masyarakat;dan ...