Events Calendar

Thursday 08 August 2019
  • In The Media
    08 August 2019 08:00am - 08 August 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Thaksin 2.jpg

     

    Pada 3 sehingga 7 Ogos 2019 yang lalu, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Thaksin yang diketuai oleh Naib Presiden Bahagian Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Thaksin, Thailand, Prof. Madya Phaibun Daungchan. Rombongan seramai 41 orang yang terdiri daripada pegawai dan pelajar Universiti Thaksin tersebut datang ke Sarawak untuk lawatan ke UNIMAS dan kawasan-kawasan menarik di sekitar Kuching, Sarawak.

    Pada hari kedua mereka di sini, rombongan ini telah dibawa melawat sekitar Kota Samarahan dan berjalan-jalan di sekitar UNIMAS. Pada sebelah petang telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pelajar Universiti Thaksin dan pasukan gabungan pelajar dan staf UNIMAS yang menyaksikan pasukan Universiti Thaksin menang dengan jaringan 4-0. Di sebelah malam pula, rombongan ini diraikan dengan jemputan makan malam yang telah diadakan di Dewan Delima, DeTAR, UNIMAS. Antara aktiviti yang diadakan pada majlis tersebut ialah pertukaran cenderamata, persembahan seni bela diri Thailand dan persembahan nyanyian daripada pihak kebudayaan.

    Rombongan ini seterusnya dibawa melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Kuching dan Samarahan pada hari ke-3 dan ke-4 lawatan tersebut. Antara tempat-tempat menarik yang telah dilawati oleh mereka sepanjang lima hari mereka berada di sini ialah Kampung Budaya Sarawak, Taman Hidupan Liar Semenggok, Muzium Tekstil, ...





Demo