Events Calendar

Tuesday 13 August 2019
  • In The Media
    13 August 2019 08:00am - 13 August 2019
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    KonvensyenPentadbir.png

     

    Kota Samarahan, 13 Ogos 2019 – Buat julung kali dengan berbaki tiga hari lagi, 150 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan berkampung di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman untuk menyertai Konvensyen Pentadbir UNIMAS 2019.

    Konvensyen tersebut yang diadakan selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Ogos ini merupakan anjuran Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UNIMAS.

    Antara objektif penganjuran konvesyen ini adalah untuk menghimpunkan barisan pegawai P&P UNIMAS dengan tujuan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pegawai-pegawai Universiti ini.

    Selain itu, konvesyen ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan penyampaian aspirasi dan perancangan Universiti di antara Pengurusan UNIMAS dan pegawai P&P UNIMAS. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman pegawai P&P kepada kepentingan fungsi dan peranan P&P di dalam menjayakan pelan strategik UNIMAS serta membuka peluang kepada P&P untuk mengetengahkan input dalam merangka tindakan bersama yang signifikan dengan peranan pegawai P&P dalam pelaksanaan Pelan Strategik UNIMAS sedia ada dan bagi tujuan persediaan kepada Pelan Strategik Universiti yang seterusnya.

    Antara program sampingan semasa konvesyen ini diadakan ialah Program Jalinan Komuniti di salah sebuah sekolah di bahagian tersebut bagi memupuk semangat kebersamaan UNIMAS bersama komuniti setempat.

    Turut dijangka menyertai ...





  • In The Media
    13 August 2019 08:00am - 13 August 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    korban1.jpg

     

    korban2korban3

    korban4

    KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos 2019 : Sebanyak 30 buah keluarga asnaf telah menerima agihan daging korban sempena dengan majlis sembelihan daging korban Aidiladha anjuran Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Malaysia Sarawak, pagi tadi.

    Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi hadir menyempurnakan penyerahan daging korban kepada golongan asnaf terpilih di PITAS kira-kira jam 12 tengahari.

    Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh kakitangan UNIMAS dalam menjayakan majlis sembelihan daging korban Aidiladha tersebut yang mana menurutnya kerjasama itu boleh menjadi resepi kekal kepada perpaduan yang kukuh dalam kalangan warga Universiti.

    “ Apa yang kita pelajari dari majlis sebegini bukan sahaja tentang mengukuhkan silaturahim sesama warga UNIMAS tetapi menyemai kebertanggungjawaban kita kepada masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya lagi.

    Naib Canselor turut berharap majlis seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak lagi penyertaan dan kerjasama dari warga Universiti ini.

    “Kerjasama dan perpaduan yang kita tonjolkan menjadikan aktiviti korban dapat dijalankan dengan mudah dan cepat. Saya berharap ia boleh memberi keyakinan kepada pihak lain untuk membuat aktiviti serupa pada masa akan datang,” ujarnya.

    Dalam pada itu, dua ekor ...





  • In The Media
    13 August 2019 08:00am - 13 August 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Yusri.JPG

     

    11 Ogos , Kota Kinabalu: Tahniah & Syabas diucapkan kepada Saudara Yusri bin Jumat atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam Kota Kinabalu Brazilian Jiu Jitsu (BJJ) & Nogi Championship 2019 di Sabah pada 10-11 Ogos 2019. Beliau merupakan staf di Institut Informatik Sosial & Inovasi Teknologi , UNIMAS & telah mewakili Arena Martial Arts Academy, Kuching dalam kategori White Belt 96kg.

    https://www.facebook.com/193532227678341/posts/1046212112410344/?sfnsn=mo

    Ikhlas daripada Pusat Sukan UNIMAS





Demo