Events Calendar

Wednesday 29 May 2019
  • In The Media
    29 May 2019 08:00am - 29 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    for news.jpg

     

    Pusat Pengajian Siswazah, 29 Mei 2019 – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba, Pusat Pengajian Siswazah UNIMAS telah mengadakan program agihan bantuan kepada golongan asnaf Kampung Semariang Jaya. Program yang diketuai oleh Prof Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad diiringi oleh kumpulan pengurusan dan staf Pusat Pengajian Siswazah telah berlangsung di Surau Darulamin Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Kuching.

    Seramai dua puluh (20) orang asnaf telah dipilih oleh Jawatankuasa Kampung Semariang Jaya untuk menerima bantuan tersebut. Insyaallah bantuan seumpama ini akan diteruskan di masa akan datang bagi merapatkan lagi silaturahim di antara UNIMAS dengan komuniti luar.

     





  • In The Media
    29 May 2019 08:00am - 29 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    kpg niup terbakar3.jpg

     

    kpg niup terbakar2

    KOTA SAMARAHAN, 29 Mei 2019 : Nasib empat sekeluarga di Kampung Niup, Kota Samarahan, yang kehilangan rumah dalam satu kebakaran minggu lepas mendapat perhatian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang menyampaikan bantuan dan sumbangan hari ini.

    Sumbangan yang berupa barangan makanan dan wang ringgit telah disampaikan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi bersama-sama Pengarah UNIMAS Global, Encik Azlan Ramli dan kakitangan UNIMAS lain .

    Pada 19 Mei lepas, rumah milik Awang Ismali Awang Masri,44, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan menyebabkan anggaran kerugian sebanyak RM120,000.

    Semasa kejadian, Awang Ismali masih berada dipejabat manakala isterinya, Suria binti Salleh,38, berada di sebuah bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, terkejut mendapat panggilan dari jiran menyatakan mengenai kebakaran yang sedang berlaku di rumah mereka.

    “ Saya begitu terkejut dan bimbang kerana sebelum itu, saya dimaklumkan oleh isteri bahawa beliau hendak ke bazar ramadan manakala dua anak saya sedang tidur di rumah,” katanya.

    Meskipun telah kehilangan tempat untuk berteduh, namun beliau dan isteri bersyukur kerana dua anak mereka, Dayang Nabilah, 17, dan Dayang Nazihah, 14, sempat keluar dari rumah semasa kejadian berkenaan.

    Manakala Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad ...





Demo