Events Calendar

Friday 24 May 2019
  • In The Media
    23 May 2019 09:00am - 24 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    wakaf6.jpg

     

    wakaf1wakaf2

    wakaf3wakaf4

    wakaf5

     

    Kuching, 23 Mei 2019: Seramai lebih 200 orang asnaf dan miskin bersama keluarga masing-masing dari empat buah kampung diraikan dalam satu Program Kasih Insani UNIMAS bersama masyarakat yang dianjurkan oleh Bahagian Endowmen dan Wakaf, Universiti Malaysia Sarawak bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Rekreasi, Pustaka Negeri Sarawak, kelmarin.

    Golongan asnaf dan miskin yang dipilih adalah dari empat buah kampung di sekitar Petra Jaya iaitu Kampung Semariang Batu, Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Siol Kandis telah dijemput hadir.

    Melalui program ini, setiap keluarga diagihkan pakej makanan percuma dan bebas memilih pakaian-pakaian percuma, buku bacaan kanak-kanak, agihan bubur lambuk, duit raya kanak-kanak dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama. Di samping untuk berkongsi kegembiraan, majlis ini juga bertujuan untuk menjalinkan silaturrahim yang baik di kalangan semua pihak yang terlibat.

    Seramai 20 rakan filantropi UNIMAS telah menyumbangkan derma melalui Tabung Endowmen UNIMAS pada tahun lepas dan 5% daripada sumbangan mereka dimanfaatkan untuk menyediakan pakej makanan “Box of Love” kepada golongan miskin.

    Antara penaja yang terlibat ialah UNIMAS Holdings Sdn Bhd, Bank Islam Malaysia Berhad, Sarawak Energy Berhad, UNIMAS Business School, Harwood Timber, Farley (KS) Sdn Bhd, Kebajikan Dayang Fatimah Berhad, NAIM Holdings ...





Demo