Events Calendar

Tuesday 21 May 2019
  • In The Media
    21 May 2019 08:00am - 21 May 2019
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    press_release2_004.jpg

     

    press release2 001press release2 002

    press release2 003press release2 005

     

    Kuching, 18 Mei 2019 – Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2019 kepada Pusat Pengajian Tafaqquh dan Tahfiz Al-Makki yang bertempat di Semariang Pinggir dan Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfidzul Quran, Kampung No. 6, Jalan Datuk Ajibah Abol, Satok, Kuching telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan muhibbah bertempat di Madrasah tersebut.

    Sumbangan yang berupa wang tunai dan keperluan harian telah disampaikan oleh Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad diiringi bersama oleh Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi. Syukur Alhamdulillah, lawatan dan penyampaian sumbangan yang amat bermakna ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan menjadikan majlis sumbangan ini cukup bermakna dan meriah. Ini merupakan salah satu misi tahunan MASNITA untuk mendekati masyarakat dengan membawa seribu kebahgian dalam bentuk sumbangan yang disampaikan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Yang turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah ahli-ahli lain MASNITA bersama pasangan dan anak-anak sekeluarga yang turut sama menjayakan majlis tersebut. Semoga hasrat ini mendapat balasan seribu kebaikan kepada kita semua.

    Aamiin Yarab'bal A'lamin

    Pautan gambar di Facebook MASNITA UNIMAS: Klik Sini!





  • In The Media
    21 May 2019 08:00am - 21 May 2019
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    press_release1_001.jpg

     

    press release1 002press release1 003

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    press release1 004press release1 005

    Kota Samarahan, 16 Mei 2019 – Seramai 25 orang pelajar dan 11 orang staf / pasangan (Balu) UNIMAS yang telah terpilih untuk menerima sumbangan Ramadhan anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA). Majlis yang cukup ringkas tetapi signifikan ini telah disempurnakan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UNIMAS bersama dengan Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad, isteri kepada YBhg Naib Canselor UNIMAS.

    Majlis yang berlangsung di Auditorium PKMA, UNIMAS tersebut turut dihadiri oleh ahli MASNITA lain. Penyampaian sumbangan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan dalam menyambut perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Program ini merupakan program tahunan MASNITA yang lazimnya dipanggil sebagai Program MASNITA PRIHATIN dan sekali lagi program ini telah berjaya diadakan pada tahun 2019 ini. Harapan MASNITA kali ini agar masyarakat setempat turut merasai kehadiran dan kewujudan Persatuan MASNITA di samping ianya dapat memberi satu pengalaman baharu kepada ahli-ahli baru MASNITA apabila mengikuti aktiviti-aktiviti dan program yang dapat mendekatkan MASNITA kepada ...





  • In The Media
    20 May 2019 08:00am - 21 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    TYT4.jpg

     

    TYT2TYT5TYT3TYT1

     

    KOTA SAMARAHAN, 20 Mei 2019: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019 bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS, malam tadi.

    Majlis Berbuka Puasa Perdana UNIMAS 2019 tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

    Dalam majlis tersebut, UNIMAS turut menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM1,0000 kepada enam pusat Maahad Tahfiz sekitar Kuching dari Madrasah Jannatul Khairan, Madrasah Darul Uloom Islamiah, Madrasash Darul Uloom Al-Fatah, Pusat Pertubuhan Amal Kebajikan Abadi, Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfidzul Quran Datuk Abdul Kadir Hassan dan Maahad Tahfiz Husnul Khotimah.

    Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Ahli-ahli LPU, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan dan Kaum dari Kuching dan Samarahan, kakitangan dan pelajar UNIMAS dan lebih enam puluh pelajar dari pusat-pusat Maahad Tahfiz.

    Tetamu kehormat dan tetamu lain, telah melakukan majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih berjemaah.

    Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan semangat ...





Demo