Events Calendar

Friday 10 May 2019
  • Stories
    10 May 2019 08:00am - 10 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    CNC.jpg

     

    KLINIK CURE AND CARE (CNC): 29 & 30 April 2019

    Tujuan program ini adalah supaya penghuni dapat mengetahui tret personaliti, mengenali dan memilih kerjaya serta menilai tahap self-esteem dan skala resilien. Program ini telah dijalankan oleh pelajar Kohot 4 (Sesi Julai 2018/2019) Program Sarjana Sains (Kaunseling) yang diketuai oleh Siti Jauyah binti Janaree bersama dengan lima orang fasilitator yang juga terdiri daripada pelajar Kohot 4 iaitu Nur Alia Hilda binti Daken, Lee Chai Foong, Fadlin binti Junaidi, Ko Geok Sia dan Pui Poh Nyuk. Aktiviti yang dinamakan Program Career Awareness Explore 21st Century Career ini telah diadakan di Klinik Cure and Care (CNC) pada 29 & 30 April 2019 (Isnin & Selasa) dan diselia oleh Dr Fatahyah Yahya selaku Penyelia Akademik. Program ini turut disertai oleh 50 orang penghuni dan dibantu juga oleh kakitangan PUSPEN.

    Sepanjang program ini, sebanyak enam modul aktiviti bimbingan yang digunakan dan satu slot ceramah kerjaya. Antara modul aktiviti bimbingan tersebut adalah Ice Breaking, Ujian Personaliti Sidek (IPS), Ujian Minat Kerjaya RIASEC, Ceramah Kerjaya, Ujian Self-Esteem dan skala Resilien. Hasil daripada modul bimbingan, sesi kaunseling kelompok telah diadakan sebanyak empat sesi dan dibahagikan kepada lima kelompok bagi membincangkan dengan lebih terperinci. ...





  • Stories
    10 May 2019 08:00am - 10 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    10Mei_.jpg

     

    Program Ekplorasi Diri Penentu Kerjaya untuk Pelajar Tahun Akhir Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS)

    Anjuran Pelajar Kohot 4 Program Sarjana Sains (Kaunseling)

    di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin

     

    Pusat Islam Tun Abang Salehuddin (PITAS), UNIMAS: 6 & 7 April 2019

     

    Sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan selepas sahaja menamatkan pengajian di peringkat universiti, pelajar Kohort 4 (ambilan Sesi 2018/2019) program Sarjana Sains (Kaunseling), menjalankan satu aktiviti bimbingan dan menggunakan modul yang telah dirancang dan dilaksanakan yang telah diketuai oleh Saudari Khairunisa Shadan dan Saudari Nurazwa. Aktiviti yang dinamakan Program Ekplorasi Diri Penentu Kerjaya 2019 ini telah diadakan di PITAS, UNIMAS, Kota Samarahan pada 6 dan 7 April 2019 (Sabtu dan Ahad). Program ini turut disertai oleh 66 orang pelajar tahun akhir Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber (FSTS) dan dibimbing oleh 22 orang pelajar Kohort 4 Sarjana Sains Kaunseling dan 2 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling serta dipimpin oleh Encik Mohd Razali Bin Othman selaku Pensyarah bagi kursus KMC 6113 Perkembangan Kerjaya.

     

    Sepanjang program ini, sebanyak lapan modul aktiviti bimbingan yang digunakan dan satu slot inspirasi. Antara modul aktiviti bimbingan tersebut adalah Ice Breaking, Ujian Personaliti Sidek (IPS), Ujian ...





Demo