Events Calendar

Friday 12 April 2019
  • In The Media
    12 April 2019 08:00am - 12 April 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    polis1.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, 12 April 2019: Seramai 55 orang anggota Polis Bantuan UNIMAS termasuk 10 orang anggota Polis Bantuan IBRACO yang terdiri dari 46 orang lelaki dan 9 orang wanita telah berjaya menamatkan Kursus Lanjutan Pengendalian T-Baton Siri 3/2019 di Dewan Kampus Timur bermula pada 9 April sehingga 10 April 2019.

    Manakala Bahagian Keselamatan UNIMAS juga telah mengadakan Kursus Lanjutan Pengendalian T-Baton Siri 1/2019 pada 05 Mac sehingga 06 Mac 2019 dan Kursus Siri 2/2019 pada 11 Mac hingga 12 Mac 2019 yang telah disertai oleh 90 orang anggota Polis Bantuan UNIMAS sahaja.

    Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pendaftar UNIMAS, Tuan Henry Anak Tening. Hadir bersama pada majlis tersebut adalah Tuan Lipi Anak Awan iaitu Pengurus Keselamatan IBRACO, Pegawai Bahagian Keselamatan UNIMAS iaitu ASP Idzhar Shaffarrul Bin Hasli, DSP Rajan Thangaveloo dan ASP Ritchie Anak Jarit, Pegawai SUKSIS UNIMAS.

    Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anggota Polis Bantuan tentang penggunaan T-Baton sekaligus dapat meningkatkan ketahanan fizikal yang tinggi bagi menghadapi tuntutan serta cabaran dari masa ke semasa. Selain itu juga, dapat menerapkan nilai-nilai murni, perubahan sikap yang positif dan mempunyai disiplin yang tinggi bagi memenuhi kehendak organisasi.

    Seiring dengan cabaran semasa yang ...





  • In The Media
    04 May 2010 08:00am - 07 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Cais3.JPG

     

    Cais1Cais4

    Cais2Cais5

    KOTA SAMARAHAN, 29 April 2019 – Sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.

    Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS,memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.

    Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud  yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck)Yakub

    Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.

    CAIS ...





Demo