Events Calendar

Saturday 30 November 2019
  • Stories
    11 November 2019 08:00am - 30 November 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    19Seramai dua puluh tujuh (27) pelajar Program Seni Halus (Seni Paduan) telah menyertai lawatan akademik dan kerja penyelidikan di Kuala Lumpur dan Singapura di bawah seliaan Kursus GKV3174 Seminar dan Bengkel Pelukis Tamu. Ianya melibatkan aktiviti pelajar di luar kampus bagi merasai sendiri proses perkembangan idea kreatif dan pengalaman menghayati karya seni visual di sekitar muzium, galeri seni, studio artis dan institusi seni tempatan dan antarabangsa. Objektif kursus ini adalah memfokuskan kepada diskusi teori dan estetik oleh pengamatan yang berterusan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan proses kerja studio, hasil karya moden dan kontemporari dari seniman seni visual di Malaysia dan luar negara. Lawatan ini juga menggalakkan jaringan perhubungan dengan pihak industri yang akan meliputi lawatan studio, sesi kritikan karya seni, syarahan sisipan, bengkel demonstrasi proses penghasilan karya, diskusi idea bersama artis jemputan dan yang berkaitan dengannya. Antara tempat lawatan di sekitar Kuala Lumpur adalah di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara, Balai Seni Negara, Galeri Ilham, Hom Art Trans, Rimbun Dahan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) UiTM Shah Alam, Patisatu Studio, Chetak 12 Studio, Amrab Studio dan Groundzero Creative Studio. Lawatan diteruskan ke Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA), Lasalle College ...





Demo