Events Calendar

Monday 23 July 2018
  • Stories
    11 July 2018 08:00am - 10 August 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

     

    Untitled 1

     

    Kuantan, Pahang : Pasukan Olahraga Sarawak telah berjaya meraih 2 Perak dan 4 Gangsa di Kejohanan Olahraga MAKSAK Kebangsaan 2018 yang telah berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 5-8 Julai 2018 . Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Pasukan Olahraga Sarawak di mana En. Zambari Hj Baijuri (Timbalan Pengarah, Pusat Sukan) selaku Pengurus Pasukan Olahraga Sarawak bersama 14 orang atlet telah menyahut cabaran di kejohanan peringkat kebangsaan tersebut. Seramai 8 orang daripada atlet Pasukan Olahraga MAKSAK Sarawak adalah staf UNIMAS. Berikut adalah senarai atlet dan acara yang dimenangi : 

    1. Perak : Fauzi bin Abu (Lompat Jauh Lelaki Junior Veteran) 

    2. Perak : Chai Siaw Fung (2000m Lari Berhalangan Wanita)

    3. Gangsa : Zamaludin Karim (UNIMAS) (100m Lelaki Senior Veteran)

    4. Gangsa : Fauzi bin Abu (Lompat Tinggi Lelaki Junior Veteran)

    5. Gangsa : Lau Sie Long (Merejam Lembing Lelaki)

    6. Gangsa : 4x100m Lelaki (Mohd Hafizzul bin Abdul Rajak (UNIMAS), Mohd Hafizin bin Hj Mahmood (UNIMAS), Mohd Afif Zulhusmi bin Alet (UNIMAS) dan Mohd Safazzuan bin Sazuki)

    Pencapaian tahun ini agak cemerlang berbanding tahun 2017 di mana Pasukan Olahraga Sarawak telah memperolehi ...





  • Stories
    16 July 2018 08:00am - 23 July 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    MASUM fASA 1 2018

    Universiti Malaysia Kelantan (UMK) : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menghantar peserta ke Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2018 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mulai 15-21 Julai 2018. Seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh En. Zambari Hj Baijuri (Timbalan Pengarah , Pusat Sukan UNIMAS) selaku Ketua Kontinjen bersama 6 orang atlet telah berada di sana dan bersedia untuk memberi saingan kepada pasukan lawan. UNIMAS menyertai 2 acara sukan iaitu Catur (individu) dan Bola Keranjang Lelaki (3x3). Bersama-samalah kita warga UNIMAS mendoakan semoga atlet-atlet yang bertanding beroleh kejayaan yang cemerlang.





Demo