Events Calendar

Monday 16 July 2018
  • Stories
    16 July 2018 08:00am - 16 July 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Gambar3.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, 12 Mei 2018: Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan pada 11 hingga 12 Mei 2018 bertempat di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM). Seramai 21 peserta yang menghadiri bengkel terdiri dari pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari kampung di sekitar Kuching, Kampung Gedong, Kampung Mang dan Kampung Kuala Rajang.

    Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu pengusaha serta penenun songket dan penyulam keringkam dari segi cara pembungkusan, kepentingan sesebuah pembungkusan, prinsip asas pembungkusan secara professional, pemilihan bahan pembungkusan, nilai dan panduan penceritaan, tips pembungkusan, prinsip asas rekaan penlabelan menggunakan perisian dan panduan pelindungan penghantaran kepada pelanggan. Dengan adanya program ini dapat membantu menaiktaraf cara dan stail pembungkusan dan pelabelan yang lebih meyakinkan, menarik dan ekslusif sebelum memasuki pasaran global dan pasaran E-Commerce.

    Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah FSKTM di bawah Projek Inovasi Songket dan Keringkam Sarawak.

     

    Gambar1

    Gambar 1: Banner

    Gambar2

    Gambar 2: Bengkel Pembungkusan dan pelabelan oleh pensyarah FSKTM

    Gambar3

    Gambar 3: Gambar berkumpulan Hari Pertama

    Gambar4a Gambar4b

    Gambar4c  Gambar4d

    Gambar 4: Gambar semasa aktiviti

    Gambar5a  Gambar5b

    Gambar5c   ...





  • Stories
    11 July 2018 08:00am - 10 August 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

     

    Untitled 1

     

    Kuantan, Pahang : Pasukan Olahraga Sarawak telah berjaya meraih 2 Perak dan 4 Gangsa di Kejohanan Olahraga MAKSAK Kebangsaan 2018 yang telah berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 5-8 Julai 2018 . Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Pasukan Olahraga Sarawak di mana En. Zambari Hj Baijuri (Timbalan Pengarah, Pusat Sukan) selaku Pengurus Pasukan Olahraga Sarawak bersama 14 orang atlet telah menyahut cabaran di kejohanan peringkat kebangsaan tersebut. Seramai 8 orang daripada atlet Pasukan Olahraga MAKSAK Sarawak adalah staf UNIMAS. Berikut adalah senarai atlet dan acara yang dimenangi : 

    1. Perak : Fauzi bin Abu (Lompat Jauh Lelaki Junior Veteran) 

    2. Perak : Chai Siaw Fung (2000m Lari Berhalangan Wanita)

    3. Gangsa : Zamaludin Karim (UNIMAS) (100m Lelaki Senior Veteran)

    4. Gangsa : Fauzi bin Abu (Lompat Tinggi Lelaki Junior Veteran)

    5. Gangsa : Lau Sie Long (Merejam Lembing Lelaki)

    6. Gangsa : 4x100m Lelaki (Mohd Hafizzul bin Abdul Rajak (UNIMAS), Mohd Hafizin bin Hj Mahmood (UNIMAS), Mohd Afif Zulhusmi bin Alet (UNIMAS) dan Mohd Safazzuan bin Sazuki)

    Pencapaian tahun ini agak cemerlang berbanding tahun 2017 di mana Pasukan Olahraga Sarawak telah memperolehi ...





  • Stories
    16 July 2018 08:00am - 23 July 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    MASUM fASA 1 2018

    Universiti Malaysia Kelantan (UMK) : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menghantar peserta ke Karnival Sukan MASUM Fasa 1, 2018 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mulai 15-21 Julai 2018. Seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh En. Zambari Hj Baijuri (Timbalan Pengarah , Pusat Sukan UNIMAS) selaku Ketua Kontinjen bersama 6 orang atlet telah berada di sana dan bersedia untuk memberi saingan kepada pasukan lawan. UNIMAS menyertai 2 acara sukan iaitu Catur (individu) dan Bola Keranjang Lelaki (3x3). Bersama-samalah kita warga UNIMAS mendoakan semoga atlet-atlet yang bertanding beroleh kejayaan yang cemerlang.





Demo