Events Calendar

Thursday 07 June 2018
  • Stories
    07 June 2018 - 07 June 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bubur Lambuk Mr Mike.jpg

     

    Program Agihan Bubur Lambuk FEP 2018 telah diadakan pada 24 Mei 2018 dan 7 Jun 2018 bertempat di Student Lounge, Aras G, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Program ini telah disempurnakan oleh Dekan FEP iaitu Prof. Madya Michael Tinggi. Sejumlah 700 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada staf dan pelajar FEP termasuk pelajar dari fakulti yang berdekatan yang melalui laluan ke CTF2.

    Ucapan terima kasih kepada Dekan dan semua warga fakulti yang telah menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program ini.

     





  • Stories
    30 May 2018 08:00am - 08 June 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Sharing by Dr Andreas Kalckert.jpg

     

    FCSHD: 24TH May 2018 [Thursday]

    Dr Andreas Kalckert, lecturer from University of Reading Malaysia (UoRM) visited to the Faculty to share his research to the Faculty members and students. Kalckert presented “Feeling and Moving My Body: The Perceptual Mechanisms underlying the Experience of Ownership and Agency” for one hour and a half. The research session was really amused the students and staff for further and future research collaboration.





  • Stories
    06 June 2018 08:00am - 11 June 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    BUBUR LAMBUK 1.jpg

     

    Program Bubur Lambuk HEPA 2018 merupakan acara tradisi warga HEPA apabila menjelang bulan Ramadhan. Pada tahun ini Program Bubur Lambuk HEPA 2018 telah diadakan pada 5 Jun 2018 (Selasa)bertempat di Laman Nona, Bangunan HEP. Program ini telah melibatkan 19 Pusat dan Unit yang bernaung di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS. Seawal pukul 8.30 pagi, kerja-kerja memasak dan persiapan program telah dilakukan oleh watga HEPA secara bergotong-royong. 

    Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor HEPA yang turut disaksikan oleh Ketua-Ketua Jabatan di bawah naungan HEPA serta warga HEPA yang hadir. Seterusnya Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman mengacau bubur lambuk sebagai simbolik perasmian. 

    Sebanyak 1500 paket bubur lambuk telah diagihkan dalam kalangan warga HEPA dan kenderaan yang melalui hadapan bangunan HEPA yang turut diagihkan oleh Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman sendiri.

    Acara sampingan adalah Pertandingan Mencipta Kad Raya yang telah dimenangi oleh Pusat Kesihatan UNIMAS (Johan), Kolej Kenanga (Naib Johan) dan Pusat Pembangunan Pelajar (Tempat Ke-3). Sebanyak 10 cabutan bertuah juga ditawarkan kepada warga HEPA yang bertuah.

    Semoga semangat kerjasama berpasukan dan silaturrahim dalam kalangan warga HEPA akan berterusan dalam apa juaga program yang akan dianjurkan nanti. 

     

    ...





Demo