Events Calendar

Saturday 26 May 2018
  • Stories
    25 May 2018 08:00am - 31 May 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    bengkel penggubalan modul2.jpg

     

    Jaringan Bersama Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

     

    bengkel penggubalan modul1

    Bersama Datu Dr Adi Badiozaman Tuah (Penasihat) dan Dr Siti Zaliha Reduan (Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak)

     

    Kuching, Sarawak: 14-15 Mei 2018

    Dr Amalia Madihie dan Dr Salmah Mohamad Yusoff dari Program Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) telah dijemput oleh pihak Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak untuk bersama-sama menjayakan Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Insaniah (Soft-Skills) untuk para Guru Pra-Sekolah di Sarawak. Bengkel ini adalah bertujuan untuk membina modul yang memfokuskan kepada kemahiran insaniah dan merupakan bengkel pertama. Bengkel ini telah diadakan di Waterfront Hotel Kuching selama dua hari.

    Turut hadir sebagai Penasihat Modul adalah Ybhg Datu Dr Adi Badiozaman Tuah yang telah memberi bimbingan akan hala tuju modul tersebut. Rakan strategik seperti Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Samarahan dan Batu Lintang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Cawangan Sarawak) juga turut hadir.





Demo