Events Calendar

Tuesday 22 May 2018
  • Public Lecture
    22 May 2018 09:00am - 22 May 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Seminar_D&T_2018.jpg

     

    Para pelajar tahun 3, Program Drama dan Teater (WA06) daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif akan menganjurkan satu sesi wacana ilmu “Memartabatkan Seni Warisan Mak Yong”. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memenuhi syarat kursus teras program, GKD 3154 Seminar Drama dan Teater yang diselia oleh Puan Nur Qasdina Jeeta Binti Abdullah dan Puan Syarafina Binti Abdullah.

    Penceramah jemputan bagi wacana ilmu ini ialah Dr. A.S. Hardy Bin Shafii, Dekan Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.  Beliau merupakan pakar dalam teater tradisional dan Mak Yong, bidang pengarahan dan lakonan serta pengurusan teater. Pengalaman dan hasil penyelidikan beliau dalam seni persembahan Mak Yong telah mendorong kami untuk mengadakan satu sesi perkongsian ilmu dengan para pelajar.

    Penganjuran wacana ilmu ini merupakan satu platform bagi para pelajar Program Drama dan Teater untuk merancang dan melaksanakan sebuah program yang berbentuk seminar. Menerusi proses ini, para pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan mampu berdiskusi secara ilmiah di sepanjang perlaksanaan program.

    Para peserta yang menyertai wacana ilmu ini akan mendapat peluang untuk mengenali dengan lebih dekat seni persembahan Mak Yong. Sebagai rakyat Malaysia, golongan muda harus diberi pendedahan mengenai pentingnya dalam memelihara khazanah seni persembahan Mak Yong. Selain itu, secara tidak langsung ia ...





Demo