Events Calendar

Friday 18 May 2018
  • Stories
    30 April 2018 08:00am - 18 May 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    IMG 20180430 WA0009

    29 April 2018- Komplek Sukan Air , Wilayah Persekutuan Labuan : UNIMAS telah menghantar pasukan kayak pelajar untuk menyertai Labuan Round Island Kayak Challenge 2018 pada 29 April 2018 bertempat di Komplek SUkan Air , Wilayah Persekutuan Labuan. Acara tahunan yang menjadi acara tarikan utama tersebut telah disertai oleh atlet-atlet kayak dari Borneo, Semenanjung Malaysia termasuk negara Brunei, Australia, Indonesia dan Hungary. Kategori yang dipertandingkan adalah Perseorangan Lelaki, Bergu Lelaki dan Bergu Campuran yang melibatkan kayuhan sejauh 50km mengelilingi Pulau Labuan. Pasukan kayak UNIMAS telah mendapat tempat ke- 5 ( Clinton Ngawal Stephen & Patrick Ann Bilong : catatan masa 6 jam 45 saat) dan tempat ke-6 (Aderian Adek & Issac bin Stephen :catatan masa 6 jam 2 minit 16 saat ) Kategori Bergu Lelaki . Manakala kategori Bergu Campuran di tempat ke-9 (Leonard Achell Sijil & Kimberley Rinai Radu). Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet kayak UNIMAS yang telah menunjukkan semangat yang kental dan mampu bersaing dengan atlet-atlet kayak yang lain di bawah bimbingan jurulatih En. Hamdan bin Mohamad . 

     

    Disediakan oleh :

    Hardy bin Suntol

    Unit Latihan & Media 

    Pusat Sukan





  • Stories
    30 April 2018 08:00am - 18 May 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    IMG 20180429 WA0114

     

    29 April 2018 - UNIMAS, Kota Samarahan : Pasukan UNIMAS Lycans buat julung kalinya telah menjuarai acara ragbi Karnival Ragbi 10 Sebelah Piala TNC HEPA 2018 menewaskan Pasukan UiTM Hunters dengan keputusan 10-5.  Sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 8 pasukan lelakui & 5 pasukan wanita. Majlis Penyampaian Hadiah telah disepurnakan oleh Profesor Mohd Fadzil bin Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan diiringi oleh En. Zambari Hj Baijuri , Timbalan Pengarah Pusat Sukan UNIMAS. Manakala kategori wanita telah dimenangi oleh Pasukan GB 13 Roses yang telah menewaskan MT Old Skool . Syabas dan tahniah diucapakan kepada semua pemenang dan pasukan yang telah mengambil bahagian .

     

    Disediakan oleh :

    Hardy bin SUntol 

    Unit latihan & Media

    Pusat Sukan UNIMAS

     





Demo