Events Calendar

Thursday 15 February 2018
  • Stories
    15 February 2018 - 15 February 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bayu UNIMAS.jpeg

     

    Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah melakar kecemerlangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan setelah berjaya meraih dan membawa pulang tiga anugerah utama dalam Majlis Anugerah Seni anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) baru-baru ini. Anugerah Kesenian MAKUM tersebut telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada 20 Januari 2018 yang lalu. Pengiktirafan Anugerah MAKUM ini dinilai berdasarkan kepada bukti pencapaian kejayaan dan kecemerlangan sesebuah universiti-universiti Malaysia dalam pertandingan dan festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2017. Pada majlis tersebut, UNIMAS telah menerima Anugerah Kategori Bonang Emas (kategori lelaki) yang telah dimenangi oleh Hisyammudin Bin Maseri pelajar dari program PHD Civil Engineering (Hydrology), manakala (kategori wanita) dimenangi oleh Kupa Anak Rimong pelajar dari program Degree Plant Science & Management, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Selain itu, Anugerah Gambang Mustika (Persatuan Seni Terbaik) pula telah dianugerahkan kepada Badan Budaya UNIMAS (BAYU) dan diwakili oleh Nicholas Anak Alfred Drim, selaku presiden BAYU pelajar dari Fakulti Kejuruteraan. Kejayaan yang diperoleh pada malam tersebut menjadi satu titik tolak kepada pelajar-pelajar lain agar lebih aktif dan bersemangat tinggi demi meraih lebih banyak lagi anugerah pada masa akan datang untuk UNIMAS. Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan oleh Pengerusi MAKUM sesi 2016-2017, ...





  • Stories
    14 February 2018 08:00am - 14 March 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    IMG-20180204-WA0202.jpg

     

    SUKAN SUKIPT 2018 (UKM, BANGI)

    Kontinjen UNIMAS telah berjaya meraih 1 emas dan 2 gangsa dalam Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi ke-4 yang diadakan pada 2-10 Februari 2018 bertempat di UKM, Bangi. Pingat emas telah dimenangi dalam sukan Boling Padang acara Women Pairs hasil gandingan mantap Nur Fithri Yaani Hamdin (FSS) 60055 dan Nabilah Nani (FEP) 50163. Mereka telah berjaya mengalahkan lawan daripada UPM dengan keputusan UNIMAS (9) UPM (4) di Komplek Sukan Lawn Bowls, Seremban 2. Manakala pingat gangsa pertama diperolehi melalui sukan tenis acara Perseorangan Wanita yang telah dimenangi oleh Cecelia Lai Yan Fei (K) 54529 yang telah tewas di peringkat Separuh Akhir. Pada edisi SUKIPT 2016 beliau telah mendapat pingat perak. Gangsa kedua UNIMAS adlah melalui sukan Boling Padang , tempat ke-3 Keseluruhan hasil gandingan pemain-pemain boling padang yang terdiri daripada Nur Fithri Yaani Hamdin (FSS) 60055, Nabilah Nani (FEP) 50163, Audrey Judi (FEP) 54508, Nur Hafisah Wan Md Yahya (FEP) 53183, Lim Zhen Yi (FEP) 52340 dan Diyana Abdul Hakim (FSS) 54572. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan Kontinjen UNIMAS . IMG 20180212 WA0018IMG 20180209 WA0045 1IMG 20180209 WA0070





Demo