Events Calendar

Saturday 08 December 2018
  • Stories
    03 December 2018 08:00am - 31 December 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    DSC_0225 1.jpg

     

    Pada 1 dan 2 Disember 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2018 bertempat di Stadium UNIMAS. Sebanyak lapan kontinjen menyertai kejohanan edisi yang ke-7 ini iaitu Kolej Allamanda, Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka, Kolej Kasturi, Kolej Kenanga, Kolej Rafflesia, Kolej Sakura, dan Kolej Tun Ahmad Zaidi.

    Kolej Sakura membuktikan keunggulan mereka apabila muncul Juara Keseluruhan menewaskan kolej-kolej yang lain dengan pungutan pingat sebanyak 7 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa. Tempat kedua keseluruhan pula dimenangi oleh Kolej Kenanga (6 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa) meninggalkan Kolej Bunga Raya di tempat ketiga yang membawa pulang 5 Emas, 5 Perak dan 8 Gangsa.

    Johan Kategori Wanita pula dimenangi oleh Kolej Bunga Raya dengan 3 Emas dan 4 Gangsa manakala Johan Kategori Lelaki pula dimenangi oleh Kolej Sakura dengan 5 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa untuk menewaskan pencabar-pencabar yang lain.

    Didinadira Charles Fung daripada Kolej Cempaka membuktikan kehebatan beliau apabila dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan setelah memperolehi dua pingat emas dan satu perak. Pingat emas pertama beliau diperolehi menerusi acara 100m yang telah berlangsung di sebelah petang hari pertama kejohanan. Dalam acara ini, beliau turut memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 13.4 saat mengatasi rekod lama ...





Demo