Events Calendar

Monday 03 December 2018
  • Stories
    03 December 2018 - 03 December 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    2.jpg

     

    PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PELATIH DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN DI MAKMAL HISTOPATOLOGI, FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UNIMAS.

    Jabatan Patologi telah menerima pelajar-pelajar daripada Kolej ITA, Sibu untuk menjalankan penempatan Latihan Industri – Workshop on Histological Techniques (Tissue Processing) di Makmal Histopatologi yang berlangsung selama 5 hari untuk satu sesi latihan bermula 29 Oktober 2018 sehingga 2 November 2018. Penempatan Latihan Industri ini telah disertai oleh 14 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring.

    Objektif penempatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pemprosesan spesimen tisu manusia mengikut piawaian prosedur yang betul bagi menghasilkan slaid yang berkualiti, seterusnya membantu pakar patologi memberikan diagnosis yang tepat. Para pelajar diperkenalkan dengan beberapa peralatan makmal dan cara peralatan tersebut beroperasi.

    Selain itu, para pelajar juga mendapat peluang untuk mencuba sendiri (hands-on) setiap teknik yang perlu dikuasai dalam memproses dan menghasilkan slaid bagi tujuan diagnostik. Program ini amat berguna dan penting kepada para pelajar dalam mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya tentang pengendalian dan pemprosesan spesimen tisu manusia.

    Untuk makluman, program ini diadakan secara berterusan  sepanjang tahun. Penyertaan ini adalah terbuka dan dialu-alukan kepada pelajar kolej, institusi pengajian tinggi dan pelajar pascasiswazah yang berkeperluan untuk mengaplikasikan kemahiran pengendalian dan pemprosesan spesimen ...





  • Stories
    03 December 2018 08:00am - 31 December 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    DSC_0225 1.jpg

     

    Pada 1 dan 2 Disember 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga Antara Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2018 bertempat di Stadium UNIMAS. Sebanyak lapan kontinjen menyertai kejohanan edisi yang ke-7 ini iaitu Kolej Allamanda, Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka, Kolej Kasturi, Kolej Kenanga, Kolej Rafflesia, Kolej Sakura, dan Kolej Tun Ahmad Zaidi.

    Kolej Sakura membuktikan keunggulan mereka apabila muncul Juara Keseluruhan menewaskan kolej-kolej yang lain dengan pungutan pingat sebanyak 7 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa. Tempat kedua keseluruhan pula dimenangi oleh Kolej Kenanga (6 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa) meninggalkan Kolej Bunga Raya di tempat ketiga yang membawa pulang 5 Emas, 5 Perak dan 8 Gangsa.

    Johan Kategori Wanita pula dimenangi oleh Kolej Bunga Raya dengan 3 Emas dan 4 Gangsa manakala Johan Kategori Lelaki pula dimenangi oleh Kolej Sakura dengan 5 Emas, 2 Perak dan 2 Gangsa untuk menewaskan pencabar-pencabar yang lain.

    Didinadira Charles Fung daripada Kolej Cempaka membuktikan kehebatan beliau apabila dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan setelah memperolehi dua pingat emas dan satu perak. Pingat emas pertama beliau diperolehi menerusi acara 100m yang telah berlangsung di sebelah petang hari pertama kejohanan. Dalam acara ini, beliau turut memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 13.4 saat mengatasi rekod lama ...





Demo