Events Calendar

Monday 10 December 2018
  • In The Media
    10 December 2018 08:00am - 10 December 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    normaria play sape during krs.jpg

     

    Adik Normaria Robin, murid darjah empat dari Sekolah Kebangsaan Catholic English, berumur 10 tahun bermain sape pada pembukaan majlis perasmian Karnival Rindok Sarawak.

     

    KUCHING, 9 Disember 2018: Karnival Rindok Sarawak 2018 telah berjaya dilangsungkan di Waterfront Kuching pada 8 Disember 2018.  Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak. Acara ini menandakan berakhirnya usaha selama tujuh bulan di bawah pengawasan pensyarah dan guru bahasa dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang diketuai oleh Dr Collin Jerome dalam mempromosikan kraftangan, makanan tradisional dan permainan di Sarawak.

    Dengan tema "Budaya Mengeratkan Bangsa", Rindok Sarawak merangkumi beberapa program seperti bengkel penulisan skrip dan drama, Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sarawak 2018 (SEDCOMP 2018), dan projek dokumentasi yang berfokus pada pendokumentasian permainan tradisional, cerita rakyat, makanan dan kraftangan yang sebahagian besarnya tidak diketahui umum.

    YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, dalam ucapannya yang mewakili Naib Canselor, mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri Sarawak atas sokongan yang diberikan kepada universiti, khususnya dalam menjayakan secara keseluruhan Projek Rindok Sarawak. Katanya lagi, UNIMAS akan terus menerajui penyelidikan, pendokumentasian, dan usaha penglibatan masyarakat dalam memperkasa dan memelihara bahasa serta budaya masyarakat di Malaysia khususnya ...





  • In The Media
    04 May 2010 08:00am - 07 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Cais3.JPG

     

    Cais1Cais4

    Cais2Cais5

    KOTA SAMARAHAN, 29 April 2019 – Sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.

    Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS,memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.

    Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud  yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck)Yakub

    Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.

    CAIS ...





Demo