Events Calendar

Thursday 08 November 2018
  • Stories
    07 November 2018 - 09 November 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    8.jpg

     

    KOTA SAMARAHAN, 29 Oktober 2018: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah mengadakan majlis Anugerah Kecemerlangan PETRONAS – Kursi P.Ramlee 2018 bertempat di Rumah Universiti, UNIMAS.

    Seramai 6 orang pelajar cemerlang telah menerima anugerah masing-masing iaitu Nehemiah Yap Jia Sheng (Sinematografi), Liew Xiao Xian (Teknologi Senireka), Jee Pei Lun (Pengurusan Seni), Nurul Hannani Bt Muhammad Rezel (Drama & Teater), Tan Lan Ching (Seni Halus) dan Muhamad Ali Rajaie Bin Nor Mohamed (Muzik).

    Selain menerima anugerah dan sijil, para penerima anugerah turut diberikan wang tunai sebanyak RM500.00 setiap seorang. Pihak fakulti juga telah memperuntukkan satu anugerah utama dimana penerima tersebut kali ini telah dirangkul oleh Nehemiah Yap Jia Sheng iaitu pelajar daripada program Sinematografi dengan membawa pulang hadiah berupa sijil dan wang tunai RM1000.00.

    Pemilihan penerima anugerah ini berdasarkan pencapaian akademik dan penglibatan aktif pelajar di dalam aktiviti kurikulum sepanjang pengajian di Universiti.  Penyampaian anugerah   kecemerlangan PETRONAS-P.Ramlee  ini merupakan  acara tahunan FSGK dengan kerjasama  PETRONAS Nasional Berhad dibawah peruntukan Kursi PETRONAS – P.Ramlee.

    Tetamu jemputan kenamaan yang hadir pada majlis itu ialah Wakil Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Sarawak iaitu Encik Ryhmie Rashidie Ibrahim dan Profesor Madya Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah mewakili UNIMAS. Dalam ucapan ringkas, ...





  • Stories
    08 November 2018 - 12 November 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    24-25 Oktober 2018,FSGK,UNIMAS - Siri Kembara Ilmu CAIS yang terakhir bagi tahun 2018 telah diadakan pada 24-25 Oktober 2018 sempena Hari Terbuka iCreaTe yang di adakan di Galeri Fakulti Seni Gunaan & Kreatif. Sebanyak 16 buah buku telah dipinjam daripada 55 buah buku yang dibawa semasa Kembara Ilmu tersebut.

    DSC 0082

    DSC 0092

    Booth pameran CAIS pada kali ini telah berjaya menarik perhatian pengunjung. Antara soalan-soalan yang diajukan ialah berkaitan dengan keahlian luar, jumlah peminjaman dan kelas literasi maklumat.

    DSC 0141

    DSC 0197

    Kuiz matematik menjadi kegemaran pelajar-pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Cawangan Sarawak, SMK Wira Jaya, Penrissen dan SMK Setia Raja, Tabuan. Selain itu juga mahasiswa UNIMAS diuji dengan soalan ringkas berkaitan CAIS melalui kuiz kod QR.





Demo