Events Calendar

Monday 26 November 2018
  • Event
    26 November 2018 - 26 November 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Main.jpg

     

     

    ‘KECERIAAN FPSK’ PENCETUS NILAI KESUKARELAWANAN PELAJAR

    RABU-14 & 21 November 2018: Pelajar tahun 1 program perubatan dan kejururawatan telah menjalankan pelbagai aktiviti kesukarelawan berskala kecil bertemakan ‘Projek Keceriaan FPSK’ sebagai projek kesukarelawanan yang turut dinilai melalui kursus generik PPD1041 Kemahiran Insaniah dan Asas Kesukarelawanan. Pelajar telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil dan telah di selia oleh 6 fasilitator kursus PPD1041 yang terdiri dari kalangan pensyarah Fasa 1 FPSK.

    Pelajar telah bekerjasama dengan staf dan pegawai pentadbiran fakulti bagi menjayakan aktiviti kesukarelawanan tersebut. Prof. Dr. Hj. Ahmad Hata bin Rasit, Dekan FPSK juga telah menyokong penuh program seumpama ini dan telah meluluskan bajet kecil bagi merialisasikan projek. Antara projek kesukarelawan yang telah dijalankan termasuklah mural di kawasan tangga, aktiviti tanaman herba dan menaiktaraf landskap fakulti, projek keceriaan bilik loker, pembersihan pusat sumber FPSK, keceriaan pejabat am dan pantri staf, pembersihan bilik PBL, keceriaan kawasan ‘Taman Burung’, bantuan penyediaan tanda amaran/ kecemasan sekitar fakulti, gotong royong di Pusat Rehabilitasi dan Makmal Keterampilan Klinikal, pembersihan surau pelajar, penyediaan makanan bagi sukarelawan dan merangka poster infografik asas kesihatan untuk tatapan disekitar fakulti.

    Projek kesukarelawanan yang telah dijalankan diharap akan menjadi pencetus kepada nilai kesukarelawanan dalam diri pelajar sekaligus ...





  • Event
    26 November 2018 - 26 November 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Pada 26 November 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada dua buah sekolah rendah iaitu:

    • SK Batang Maro, Saratok seramai 46 orang yang terdiri daripada 33 orang pelajar dan 13 orang guru pengiring.
    • SK Nanga Tada, Kanowit seramai 45 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.

     

    1

    Gambar 1: Lawatan daripada SK Batang Maro, Saratok

     

    Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

     

    2

    Gambar 2: Lawatan daripada SK Nanga Tada, Kanowit.

     

    Lawatan ini telah dikendalikan oleh beberapa orang Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Cik Norhadzline Harun, Puan Norliza Samsuri dan Puan Herlina Patrick Kukut, serta dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan, Puan Heni ak. Vincent.

     

    5

    Gambar 3: Para pelajar diberikan penerangan tentang specimen-spesimen yang dipamerkan.

     

    Laporan disediakan oleh Puan Herlina ak. Patrick Kukut.





  • Event
    13 November 2018 08:00am - 03 December 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Kursus Menyelamat Kelemasan Tahap 1 & 2.JPG

     

    KURSUS MENYELAMAT KELEMASAN DI AIR TAHAP 1 & TAHAP 2, 2018

    Assalammualaikum wbt & salam sejahtera,

    Adalah dimaklumkan bahwa Pusat Sukan UNIMAS dengan kerjasama Pusat Latihan Penyelamat Kelemasan Sarawak akan menganjurkan Kursus Menyelamat Kelemasan Di Air Tahap 1 & Tahap 2, 2018 seperti butiran berikut :

    Tarikh : 27-30 November 2018 
    Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat: Kolam Renang, Komplek Sukan UNIMAS

    Yuran : 
    1). Pelajar IPT/Sekolah Menengah (13 tahun & ke atas) 
    RM300.00 seorang

    2). Staf UNIMAS/Orang Awam
    RM350.00 seorang

    Sebarang pertanyaan & pendaftaran, sila hubungi:
    1. Hardy - 013-7577175/082581654/ shardy@unimas.my
    2. Amiruddin - 013-5729670/082-581657/ samiruddin@unimas.my





Demo