Events Calendar
-
In The Media04 May 2010 08:00am - 07 May 2019 05:00pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KOTA SAMARAHAN, 29 April 2019 – Sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.
Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS,memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.
Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck)Yakub
Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.
CAIS ...
-
In The Media17 November 2018 08:00am - 22 November 2018 05:00pmby This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lawas, 17 November 2018: Rombongan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah berkunjung ke SK Agama (MIS) di Lawas untuk penyerahan STEM Education Lab yang disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi .
Dalam kunjungan tersebut, UNIMAS telah menyediakan fasiliti lengkap STEM education tools yang bernilai lebih kurang RM125,000.00 untuk kemudahan makmal berkenaan. Dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berkenaan telah di sumbangkan oleh YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Bin Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.82 Bukit Sari.
STEM Education Lab ini merupakan satu usahasama Kerajaan Negeri Sarawak dan UNIMAS bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar dalam jurusan/bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dan difokuskan seawalnya kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Ia juga merupakan satu usaha UNIMAS untuk bersama komuniti.
Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS berharap usaha UNIMAS ini akan meningkatkan minat pelajar dalam pengajian bidang STEM dan berupaya meningkatkan kepakaran dalam bidang STEM di Negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
Majlis turut dihadiri YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas, YBhg Tuan Hj Abang Mat Ali Bin Abang Masagus, Timbalan ...