Events Calendar

Wednesday 17 October 2018
  • Stories
    17 October 2018 08:00am - 17 October 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    MPC1.jpg

     

    Betong dan Sri Aman: Pihak Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS, telah dijemput oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk menyertai Program Jelajah Inovasi dan Kreativiti Peringkat Sekolah Menengah Daerah Sri Aman dan Betong. Program ini merupakan julung kali diadakan oleh pihak MPC dimana ianya berobjektif untuk meningkatkan kesedaran inovasi di sekolah-sekolah. Dalam program jelajah ini, Dr Nazeri Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), dari Fakulti Kejuruteraan telah menyampai ceramah yang bertajuk Innovation and Creativity: Shaping Our Future. Di samping itu, pihak Fakulti Kejuruteraan juga telah berpeluang untuk mengadakan promosi dan pameran yang bertemakan Inovasi di tiga buah sekolah di Bahagian Betong dan Sri Aman iaitu SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, (8 Oktober 2018), SMK Spaoh, Betong, (9 Oktober 2018), dan SMK Simanggang, Sri Aman, (10 Oktober 2018)

    MPC2

     

    MPC3

     

    Disediakan oleh : Dr Nazeri Abdul Rahman





  • Stories
    17 October 2018 08:00am - 17 October 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    mecamp1.jpg

     

    Kelab Pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (MEC) telah menganjurkan program MECamp 2018 iaitu satu program khas untuk pelajar baru Jabatan Mekanikal dan Pembuatan sesi 2018/2019. Program ini bertempat di Rockview Agrotek, Lundu pada 29 hingga 30 September 2018 (Sabtu dan Ahad). Seramai 96 mahasiswa Tahun Satu, 47 orang Pelajar senior dan beberapa orang staf Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah menyertai program ini Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk berkenalan antara satu sama lain serta mengeratkan hubungan persahabatan antara semua pihak terlibat. Penasihat program in adalah Encik Mohamad Syazwan Zafwan Mohamad Suffian  dan satu sesi perkongsian oleh Ir Dr Mohd Danial Ibrahim untuk memberi semangat kepada para Pelajar baru.

    mecamp2 

     mecamp3

    mecamp4

     mecamp5

     

    Disediakan oleh: Jacquelyn Mujan Jok

     





Demo