Events Calendar

Monday 15 January 2018
  • Public Lecture
    12 January 2018 06:00pm - 15 January 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    nurturing1.jpg

     

    nurturing2

    Kota Samarahan, 12 Januari 2018 : Seramai lebih 100 orang terdiri dari para pelajar dan staf UNIMAS telah menghadiri ceramah bertajuk ‘ Nurturing Thinking and Compassionate Citizens’ (membina rakyat yang berfikir dan berehsan) di Dewan Kristal, BHEPA, petang tadi.
    Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pengasas Yayasan RAPERA, Dato’ Seri Jaharbaerdeen Mohamed Yunoos dan merupakan kerjasama di antara Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Kelab Penyayang UNIMAS dan Yayasan Rapera.
    Ia diadakan bersempena dengan siri jelajah RAPERA 2018 di Universiti-universiti di Malaysia dan penganjuran Pertandingan Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia 2018 anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia.
    Hadir sama mendengar ceramah tersebut ialah Pengurus Besar Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Encik Ariff Farhan Doss dan Dekan Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS, Profesor Siti Raudzah Ghazali.
    Dato’Seri Jaharbaerdeen merupakan seorang peguam yang terkenal dan mempunyai banyak pengalaman dan memainkan peranan besar dalam komuniti.
    Beliau juga aktif dalam jawatankuasa Majlis Peguam, exco dalam Just International Movement, Pengerusi Bandar Utama Resident Association, Penasihat MobTV dan Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia.

    Artikel oleh : Sarena Haidir
    Foto oleh : Azlandy M.A.T





Demo