Events Calendar

Sunday 17 September 2017
  • Event
    11 September 2017 08:00am - 31 December 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    IMG_1289.JPG

     

    10 September 2017 – Majlis Aluan Pelajar Baharu Program Siswazah Semester 1 Sesi 2017/2018 telah diadakan di Pusat Islam Tun Ahmad Salahuddin UNIMAS. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar baharu.

    Seramai 193 orang pelajar tempatan dan 7 orang pelajar antarabangsa telah mendaftar bagi pengambilan kali ini yang terdiri dari negara Bangladesh, Iran, Nigeria dan United Kingdom. Jumlah ini dijangka akan meningkat apabila selesai tempoh pendaftaran pada 23 September 2017.

    Majlis Aluan ini telah dirasmikan oleh Prof Dr Fasihuddin bin Badruddin Ahmad Dekan Pusat Pengajian Siswazah yang seterusnya membentangkan taklimat berkenaan Peraturan Akademik bagi pelajar siswazah. Beberapa penceramah jemputan dari Unit Undang-Undang, Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan UNIMAS juga turut menyampaikan ceramah dan maklumat penting kepada pelajar baharu sebagai panduan mereka semasa mengikuti pengajian di UNIMAS.

    Kebanyakan pelajar yang ditemui merasa amat berbangga dan berterima kasih kerana dipilih sebagai pelajar UNIMAS. Mereka bertekad untuk melengkapkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

    Program yang telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari diharap telah dapat meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar mengenai peraturan akademik dan peraturan semasa di Kampus UNIMAS.

     

    IMG 1266

     

    IMG 1289

    IMG 1295

    ...





  • Event
    29 August 2017 08:00am - 30 September 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    virgin oil.jpg

     

    Assalamualaikum dan Salam UNIMAS Ku Sayang,

    YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/Tuan/Puan yang dihormati.

    Sukacita dimaklumkan bahawa CAIS sedang mengadakan Pameran Penyelidikan Translasional Siri II yang mempamerkan maklumat berkaitan minyak kelapa dara dengan tema “The Versatility of Virgin Coconut Oil”. Penyelidikan tersebut telah diketuai oleh Dr. Mohd Razip bin Asaruddin dan dijalankan di Natural Products LaboratoryFakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS pada tahun 2013.  Maklumat lanjut adalah seperti dalam infografik.

    Pameran ini terbuka kepada umum.  Rebutlah peluang untuk menimba ilmu baharu mengenai Virgin Coconut Oil serta beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

    Sekian, terima kasih.





  • Event
    28 August 2017 08:00am - 30 September 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    rabies.jpg

     

    Assalamualaikum dan Salam UNIMAS Ku Sayang,

    YBhg Tan Sri Datu/Datuk/Dato'/Datu Prof Dr/ Prof Madya Dr/ Dr/Tuan/Puan yang dihormati.

    Sukacita dimaklumkan bahawa CAIS sedang mengadakan pameran Rabies dan maklumat lanjut adalah seperti dalam infografik.

    Pameran ini terbuka kepada umum.  Rebutlah peluang untuk menimba ilmu baharu mengenai Rabies serta beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

    Sekian, terima kasih.





  • Event
    03 December 2016 11:00am - 03 December 2017
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Shark.jpg

     





Demo