Events Calendar

Sunday 18 June 2017
  • In The Media
    14 June 2017 08:00am - 24 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    TYCO6396_2.jpg

     

    Program Ahli MASNITAku Sayang

     

    Kota Samarahan, 14 Jun 2017 – Sempena Ramadhan dan Perayaan Aidilfirti 1438H yang akan menjelang tiba, Yang Dipertua Masnita MASNITA, Datin Kartini Ahmad telah mengagihkan cenderahati kepada 327 ahlinya yang aktif. Proses agihan dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa MASNITA dan juga wakil-wakil MASNITA di setiap Pusat Tanggunjawab (PTj) masing-masing.

    Majlis yang dikelolakan oleh Biro Projek Khas dengan kerjasama Bendahari dan Penolong Bendahari MASNITA telah membuat persiapan sebulan lebih awal untuk menyemak senarai ahli yang aktif untuk tujuan pemberian cenderahati ini. Aktiviti gotong royong untuk membungkus agihan mengikut PTj juga telah dibuat seminggu sebelum majlis berlangsung.

    Program pemberian cenderahati ini adalah merupakan acara tahunan MASNITA sebagai penghargaan kepada semua ahli yang aktif menyumbang dan meyokong  pelaksanaan semua aktiviti yang dijalankan.

     

    TYCO6396 2

     

     

    TYCO6403 2





  • In The Media
    04 May 2010 08:00am - 07 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Cais3.JPG

     

    Cais1Cais4

    Cais2Cais5

    KOTA SAMARAHAN, 29 April 2019 – Sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.

    Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS,memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.

    Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud  yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck)Yakub

    Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.

    CAIS ...





  • In The Media
    14 June 2017 08:00am - 24 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    TYCO6353_3.jpg

     

    Sumbangan MASNITA kepada Pelajar UNIMAS dan Balu Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H

     

    Kota Samarahan, 13 Jun 2017 – Seramai 30 orang pelajar dan lima orang balu staf UNIMAS telah menerima sumbangan Ramadhan anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dalam majlis yang disempurnakan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS dan isteri Datin Kartini Ahmad yang juga selaku Yang Dipertua MASNITA.  

    Majlis yang berlangsung di Auditorium PKMA UNIMAS tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg Prof Mohd Fadzil Abd.Rahman dan beberapa AJK MASNITA yang lain.

    Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri dan nanti. Program tahunan ini juga merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan 25 tahun UNIMAS. Harapan MASNITA ialah supaya penubuhan Persatuan MASNITA ini dapat dirasai kewujudannya oleh masyarakat setempat disamping mendedahkan ahli kepada aktiviti khidmat masyarakat.

    TYCO6353 3

     

    TYCO6295 2

     

    TYCO6209 2

     





Demo