Events Calendar

Monday 12 June 2017
  • In The Media
    12 June 2017 08:00am - 12 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    MASNITA_22_20170610_TYCO3640.jpg

     

    Kota Samarahan, 10 Jun 2017 – Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2017 kepada Madrasah Darul Uloom Samarahan telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan muhibbah bertempat di Madrasah tersebut.

    Sumbangan sebanyak RM2,000.00 telah disampaikan oleh YBhg Datin Mariam Binti Dawood, isteri Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS kepada Ustaz Saifullah Nawawi.

    Selain dari aktiviti tahunan MASNITA, sumbangan ini diberikan sempena menyambut ulang tahun UNIMAS yang Ke- 25 pada 2017.

    Program kelolaan MASNITA ini juga menyaksikan pemilihan beberapa Madrasah Pengajian Islam sekitar Kuching dan Samarahan sebagai penerima setiap kali menjelang Ramadhan.  

    Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah beberapa AJK MASNITA  yang lain yang turut sama mejayakan majlis tersebut

     





  • In The Media
    12 June 2017 08:00am - 12 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    MASNITA_56_20170610_TYCO3804.jpg

     

    Kota Samarahan, 10 Jun 2017 – Pada Ramadhan 2017, seramai 28 orang anak-anak yatim dan kelainan upaya dari sekitar Samarahan telah diperuntukan sebanyak RM3,000.00 oleh Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) untuk keperluan membeli pakaian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

    Menemani dan melayani mereka ialah YBhg Datin Kartini Ahmad, YDP MASNITA dan YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh AJK MASNITA lain.

    Terlihat keceriaan pada wajah anak-anak yatim dan kelainan upaya ini apabila dibawa memilih dan membeli pakaian raya di Summer Mall Samarahan.

    Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini merupakan salah satu aktiviti MASNITA sempena 25 tahun UNIMAS.  Program ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan persatuan wanita ini terhadap mereka yang kurang bernasib baik dengan harapan kewujudan MASNITA khususnya dan UNIMAS khasnya dapat dirasai oleh masyarakat setempat.





  • In The Media
    12 June 2017 08:00am - 12 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    5.png

     

    Kota Samarahan, 11 Jun 2017 – Keprihatinan Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) terhadap keperluan institusi pengajian ilmu telah direalisasikan melalui Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2017 kepada Madrasah Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang, Telaga Air, Kuching, iaitu salah sebuah madrasah yang dipilih pada tahun ini.

    Sumbangan sebanyak RM2,000.00 untuk kegunaan Madrasah dan para pelajarnya telah disampaikan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad, YDP Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) kepada Ustaz Azman Zain. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh beberapa AJK MASNITA yang lain.





  • In The Media
    12 June 2017 08:00am - 12 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    1.png

     

    Kota Samarahan, 11 Jun 2017 – Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2017 kepada Madrasah Khairat, Kampung Gita, Kuching telah berlangsung dalam suasana ceria dan mesra.

    Majlis menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM2,000.00 yang disampaikan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad, YDP Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) kepada Ustaz Syed Mohamad B Syed Alwi untuk kegunaan harian para pelajarnya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh beberapa AJK MASNITA yang lain.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan Qasidah daripada pelatih di Madrasah Khairat, Kpg Gita. Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini merupakan salah satu aktiviti MASNITA sempena menyambut ulang tahun UNIMAS yang ke-25.





  • In The Media
    04 May 2010 08:00am - 07 May 2019 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Cais3.JPG

     

    Cais1Cais4

    Cais2Cais5

    KOTA SAMARAHAN, 29 April 2019 – Sebagai usaha menyemarakkan program membaca, Pusat Khidmat Maklumat Akademik telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Cinta Ilmu selama dua hari bermula 29 April lepas sebagai menyokong Read@UNIMAS dan menarik minat membaca dan memupuk kecintaan kepada ilmu dalam kalangan warga UNIMAS.

    Objektif program adalah untuk menyemarakkan semangat membaca dalam kalangan warga UNIMAS,memupuk kecintaan kepada ilmu pengetahuan, menggalakkan kempen menderma buku dalam kalangan warga UNIMAS serta meningkatkan kesedaran budaya membaca di kalangan masyarakat.

    Antara aktiviti diadakan seperti gimik perasmian, Jom Baca 10 minit, Read Out Loud  yang dilakukan oleh tiga orang pelajar dari sekolah SK St. Martin, SK Empila dan SK Dato Mohd Musa Samarahan, persembahan nyanyian oleh Adik Sofia Arissa, Read and Write with Emerald, pameran dan jualan buku dan cenderahati, jualan makanan dan minuman (food truck)Yakub

    Istimewanya Program Cinta Ilmu kali ini turut dihadiri oleh  Miss Planet International 2019, Cik Viviana Lin Watson,19, yang telah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk Miss Planet International pada 1 Mac 2019 di Cambodia dan telah merangkul anugerah 2nd runner up Miss Planet International 2019 bersandarkan minat membaca yang mendalam dan mempunyai pengetahuan am yang luas.

    CAIS ...





Demo