Events Calendar

Wednesday 20 December 2017
  • Event
    20 December 2017 08:00am - 20 December 2017
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    Pusat Pembangunan Dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS), UNIMAS telah menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 27 November 2017. Seramai empat (4) orang kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi, UTeM.

    Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan kepakaran CITDS UNIMAS dalam aspek seperti berikut:

    1. Tadbir Urus ICT

    2. Kaedah Pembangunan Sistem Yang diamalkan di UNIMAS

         3. Pembangunan ID Digital khususnya Penggunaan QR Code dan Sistem Kehadiran Pelajar menggunakan QR Code

    4. Pembangunan Mobile Apps UNIMAS

    Lawatan kerja ini telah dipengerusikan oleh Encik Harun Maksom, Pengarah CTDS. Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai CITDS yang membentangkan mengenai aspek keperluan lawatan tersebut. Pihak UTeM turut mengambil kesempatan di lawatan kerja ini berkongsi pengalaman pembangunan sistem di UTeM.

    CITDS berharap agar objektif lawatan kerja ini tercapai dan pihak UTeM berpuas hati dengan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman yang memenuhi objektif lawatan kerja ini. Pn. Norhazlena bt. Sabu yang mewakili pihak Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK, UTeM) mengucapkan terima kasih kepada CITDS kerana sudi menerima kunjungan mereka. Lawatan kerja ...





  • Event
    11 September 2017 08:00am - 31 December 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    IMG_1289.JPG

     

    10 September 2017 – Majlis Aluan Pelajar Baharu Program Siswazah Semester 1 Sesi 2017/2018 telah diadakan di Pusat Islam Tun Ahmad Salahuddin UNIMAS. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar baharu.

    Seramai 193 orang pelajar tempatan dan 7 orang pelajar antarabangsa telah mendaftar bagi pengambilan kali ini yang terdiri dari negara Bangladesh, Iran, Nigeria dan United Kingdom. Jumlah ini dijangka akan meningkat apabila selesai tempoh pendaftaran pada 23 September 2017.

    Majlis Aluan ini telah dirasmikan oleh Prof Dr Fasihuddin bin Badruddin Ahmad Dekan Pusat Pengajian Siswazah yang seterusnya membentangkan taklimat berkenaan Peraturan Akademik bagi pelajar siswazah. Beberapa penceramah jemputan dari Unit Undang-Undang, Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat dan Bahagian Keselamatan UNIMAS juga turut menyampaikan ceramah dan maklumat penting kepada pelajar baharu sebagai panduan mereka semasa mengikuti pengajian di UNIMAS.

    Kebanyakan pelajar yang ditemui merasa amat berbangga dan berterima kasih kerana dipilih sebagai pelajar UNIMAS. Mereka bertekad untuk melengkapkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh universiti.

    Program yang telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari diharap telah dapat meningkatkan kefahaman di kalangan pelajar mengenai peraturan akademik dan peraturan semasa di Kampus UNIMAS.

     

    IMG 1266

     

    IMG 1289

    IMG 1295

    ...





  • Event
    18 December 2017 08:00am - 02 January 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    25353648_1735223843184091_8370421773495704725_n.jpg

     

    Mukhatype is a typography exhibition organised by 25 graphic design students to exhibit their artwork throughout the field trip.
    We are inviting all of you to come and visit the exhibition at UNIMAS FACA Art Gallery from 18 Dec 2017 to 2 Jan 2018!





  • Event
    18 December 2017 08:00am - 20 December 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2017-12-17 at 12.44.27 PM.jpeg

     

    WhatsApp Image 2017 12 17 at 12.44.28 PM





  • Event
    20 December 2017 08:00am - 20 December 2017
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Perjumpaan Bersama staf Bil.2_2017-2.jpg

     

    Perjumpaan Bersama staf Bil.2 2017 1

     

    Sesi Perjumpaan Pengarah CITDS Bersama Staf Bil.2/2017 telah diadakan pada 15 Disember 2017, Jumaat jam 3.00 petang di Auditorium PKMA. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh En Mohamad Faizal Bohari.

    Dalam sesi kali ini, Pengarah CITDS, En Harun Maksom menyampaikan amanat dan menyentuh perkara-perkara seperti berikut:

    1. Nilai Teras UNIMAS
    2. Projek QR Code
    3. SKT/LNPT
    4. Projek Komersilan
    5. ISP 2016-2020
    6. Prestasi & Kenaikan Pangkat
    7. Aktiviti Kelab SuRe CITDS

    Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Tuan Pengarah dan bersurai pada jam 4.30 petang.





Demo