Events Calendar

Friday 15 December 2017
  • Stories
    15 December 2017 08:00am - 15 December 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Bidayuh_culture.jpg

     

    Pihak Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) Unimas sesi 2017/2018 telah menganjurkan satu aktiviti sukarelawan yang bertempat di Kampung Bunan Gega, Mongkos, Serian selama 3 hari 2 malam iaitu pada 1 sehingga 3 Disember 2017 yang lalu. Seramai 76 pelajar dari Unimas termasuk Ahli Persatuan Pelajar Fakulti Kejuruteraan (SAFE) dan seorang pensyarah pengiring iaitu Dr Nazeri Abdul Rahman merangkap Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Kejuruteraan telah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan tersebut. Program yang bertemakan “volunteering and explore” ini telah disertai oleh pelajar – pelajar dari tahun satu hingga empat dari beberapa Fakulti di UNIMAS. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama dengan para peserta dan juga penduduk – penduduk di Kampung Bunan Gega. Kesemua aktiviti seperti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Melalui aktiviti sukarelawan seperti ini, para mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan mereka dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan dengan orang luar iaitu dengan para penduduk di Kampung Bunan Gega. Dengan ini juga mereka akan mampu menanam sikap hormat dan sayang kepada golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Secara keseluruhan, objektif program ini telah berjaya dicapai.





  • Stories
    15 December 2017 08:00am - 15 December 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    derma_siti.jpg

     

    Satu kutipan derma kilat telah dilakukan bagi meringankan beban mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Jepak, Bintulu Sarawak, sekitar jam 2 pagi pada 10 September 2017 (Ahad) yang lalu.  Mangsa, Siti Nurbaya binti Abdul Rahman, 21, merupakan pelajar Tahun 3 Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.  Kutipan derma kilat ini dilaksanakan dalam kalangan Staff Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS yang berlangsung pada bulan September dan Oktober 2017 yang lalu. Hasil kutipan derma daripada para staff fakulti kejuruteraan berjumlah RM405.00. Penyerahan kutipan derma telah dilangsungkan dan kutipan diserahkan oleh Dr Nazeri Abdul Rahman, Timbalan Dekan HEPA Fakulti Kejuruteraan, diiringi oleh Pn Sulian Mohammad Alias, Penolong Pendaftar Fakulti Kejuruteraan dan beberapa ahli staff fakulti pada 6 December 2017, jam 4.30 petang. 

    A flash donation was made to ease the burden of fire victims in Kampung Jepak, Bintulu Sarawak, which happened around 2 a.m. on 10 September 2017 (Sunday). The victim, Siti Nurbaya binti Abdul Rahman, 21, is a Year 3 Mechanical and Manufacturing Engineering student. The flash donation was conducted among the staff of Faculty of Engineering in September and October 2017. The total donation from the staffs amounted to RM 405.00. The handover of donations was held and done by Dr Nazeri Abdul Rahman, ...





Demo