Events Calendar

Download as iCal file
ICACA UNIMAS Ke-6 secara dalam talian dirasmi pagi tadi
Tuesday 17 August 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 799
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-08-17 at 14.50.04.jpeg

WhatsApp Image 2021 08 17 at 14.50.05

Kota Samarahan, 17 Ogos 2021 : Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Persidangan Atas Talian Antarabangsa yang dikenali sebagai International Conference of Applied and Creative Arts (ICACA) selama dua hari bermula hari ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi yang merasmikan persidangan tersebut secara atas talian berharap ianya dapat menjadi landasan ke arah memperkasakan pembangunan teknologi dan inovasi dan menyokong kearah inisiatif Sarawak menjadi sebuah negeri ekonomi digital.

“ICACA membuka peluang para intelektual menerima maklum balas dari individu, berkongsi idea, kejayaan dan kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi dilihat sejajar dengan nilai strategik utama UNIMAS yang mempromosikan Ekosistem Inovasi.

“ Selain itu, kami percaya bahawa secara tidak langsung inisiatif ini dapat memperlihatkan Sarawak lebih jauh daripada arena nasional sehingga dapat berkongsi apa yang Sarawak dapat tawarkan kepada dunia akademik” katanya lagi.

Manakala Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Profesor Madya Dr. Musdi Haji Shanat menjelaskan sebanyak 75 kertas kerja akan dibentangkan secara rakaman video dan segerak dan peserta bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga melibatkan peserta dari lebih 20 buah negara seperti Korea Selatan, China, Amerika Syarikat dan Turki.

Katanya, persidangan ini akan membuka luas pengetahuan dan pemahaman dalam perkembangan ilmu bidang-bidang seni termasuk seni persembahan.

“ ia merupakan persidangan ICACA kali ke-6 sejak tahun 2005 dengan tema persidangan tahun ini ialah “Sustainability and Legacy of Creative Arts” dan diadakan secara atas talian sepenuhnya bagi membendung penularan Covid-19,” ujarnya.

Dalam persidangan kali ini, seramai lapan (8) panel utama dari latar belakang berbeza merangkumi bidang Pendidikan dalam dan luar negara serta Industri Seni Tempatan dijemput bagi berkongsi tentang bidang kepakaran masing-masing.

Panel-panel tersebut antaranya Dr Ian Adam Biggs, Felo Penyelidik Jemputan, Universiti West of England, Profesor Dr. Lee Sung Pill, Professor di Dongseo University, Korea Selatan, Profesor Dr. Ding-Bang LUH, Pengerusi Majlis Profesor di Guangdong University of Technology China, dan ramai lagi.

Wakil dari Malaysia pula terdiri daripada Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Ruslan Abdul Rahim (Universiti Teknologi Mara), Encik Joe Sidek dari Joe Sidek Production dan Encik Azri Ali dari UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo