Events Calendar

Download as iCal file
Simbolik Mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Canselori diadakan secara sederhana
Friday 13 August 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 754
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Bendera1.JPG

Bendera2bendera3

 

20210813091831_TYCO4471.JPGBendera1.JPG

KOTA SAMARAHAN, 13 Ogos 2021: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Majlis Simbolik Mengibarkan Jalur Gemilang, sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 peringkat UNIMAS, bertempat di Dataran Canselori, dengan disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pagi tadi.

Dalam ucapan, Naib Canselor menjelaskan tema ‘Malaysia Prihatin’ yang juga menjadi tema sambutan Bulan Kebangsaan tahun lepas, adalah seiring dengan aspirasi UNIMAS sebagai universiti yang prihatin bukan sahaja kepada kakitangan dan pelajar, tetapi juga kepada komuniti setempat.

Katanya, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang prihatin serta bertanggungjawab secara langsung di dalam membantu agenda Pelan Pemulihan Negara, UNIMAS juga telah melaksanakan beberapa inisiatif serta aktiviti yang signifikan di dalam membantu Kerajaan menangani wabak Covid-19.

Beliau menambah, antara inisiatif yang telah diambil untuk membantu Kerajaan dalam membendung penularan Covid-19 seperti mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT) UNIMAS bagi menyokong Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“ Sepanjang 30 hari beroperasi bermula 14 Jun 2021, PPV IPT UNIMAS yang beroperasi di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), telah mencapai jumlah penerima suntikan dos vaksin lebih dari 106,610 orang. Kita amat berharap agar usaha ini mampu menyumbang kepada keberkesanan Pelan Pemulihan Negara,” katanya lagi.

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim memberitahu, UNIMAS juga terlibat secara langsung melalui usaha penyelidikan dan sumbangan fizikal di dalam membantu Kerajaan Negeri dan Pusat untuk langkah membendung penularan Covid-19.

Beliau berkata, sumbangan penyelidikan, konsultansi dan lantikan pakar-pakar UNIMAS ke dalam jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat negeri dan kebangsaan menjadi sumbangan yang amat signifikan UNIMAS di dalam agenda negara menghentikan pandemik ini dan secara langsung merupakan pengiktirafan kepada kepakaran UNIMAS.

Selain dari itu, sesi pengajaran serta pembelajaran dan beberapa program akademik seperti webinar dan perkongsian ilmu dilaksanakan secara dalam talian sebagai tanda prihatin UNIMAS dengan kesihatan, keselamatan serta kebajikan warganya seperti pelajar dan kakitangan.

“ Kaedah pembelajaran dan aktiviti dalam talian membolehkan warga UNIMAS menimba ilmu melangkaui sempadan dan rasa penghargaan tinggi diberikan Pengurusan UNIMAS dan Jawatakuasa COVID-19 UNIMAS kerana telah berjaya menjadikan Universiti ini sebagai sebuah kampus yang selamat untuk warganya hasil dari penguatkuasaan keselamatan dan SOP yang ketat hasil kerjasama dari semua pihak,” katanya

Beliau percaya dengan semangat teguh bersama serta cinta akan negara, masyarakat akan dapat mengharungi keadaan yang mencabar, kini dan pada masa yang akan datang.

Majlis yang diadakan secara sederhana bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) itu telah dimulakan dengan lagu Ibu Pertiwiku dan lagu UNIMAS, sementara simbolik mengibarkan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh Pasukan Polis Bantuan UNIMAS dengan diiringi oleh lagu Negaraku.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS.

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut menyerahkan jalur gemilang kepada wakil-wakil setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) UNIMAS, untuk dikibarkan di setiap PTJ masing-masing sebagai inisiatif UNIMAS di dalam menggalakkan warga UNIMAS mengibarkan bendera di sepanjang Bulan Kemerdekaan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo