Events Calendar

Download as iCal file
50,000, angka keramat
Friday 02 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1404
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

On 16 June 2021, PPV IPT UNIMAS received the Sarawak Chief Minister, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, for a visit. Chief Minister stated that by increasing the numbers of our vaccination centres, Sarawak can step up aggressively...consequently achieving a herd immunity by August this year.” – https://news.unimas.my/in-the-news/eventdetail/9116/-/sarawak-chief-minister-s-official-visit-to-ppv-ipt-unimas

Pada 1 Julai 2021, jam 3:28 petang, hari ke-18 pengoperasian, Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi Universiti Malaysia Sarawak (PPV IPT UNIMAS) telah mencatatkan angka kumulatif pemberian vaksin sebanyak 50,000 dos. Perkataan bangga mungkin tidak mampu untuk menggambarkan perasaan para petugas dan sukarelawan PPV IPT kita. Kita memang yakin dan bersungguh-sungguh dalam mendukung amanah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam usaha menpercepatkan proses pemberian vaksin ke seluruh lapisan masyarakat. Usaha sama pihak universiti dengan Penggerak Gerakan Vaksinasi komuniti tempatan ditingkatkan demi memastikan tiada warga kita yang tercicir.

Angka 50,000 bukan sebarang angka. UNIMAS sebagai salah satu organisasi yang mendapat kepercayaan kerajaan sebagai pusat operasi PPV IPT, telah mencapai pemberian vaksin 50,000 dos dalam masa 18 hari. Adalah mustahil untuk universiti ini berdiri teguh sebagai satu PPV IPT bertaraf mega tanpa kepimpinan yang tinggi. Setiap hari, kami saksikan bagaimana lingkaran pengurusan tertinggi universiti yang diketuai oleh Naib Canselor UNIMAS mencari solusi untuk terus menambahbaik perkhidmatan PPV kita. Bukanlah perkara yang mudah untuk menentukan jalan penyelesaian masalah dan meramal cabaran yang mungkin timbul akibat situasi semasa yang dinamik dan kritikal.

Adalah mustahil juga bagi PPV IPT UNIMAS untuk beroperasi lancar tanpa pengorbanan ikhlas warga UNIMAS sendiri. Tanpa mengira latar belakang, ratusan UNIMASians hadir setiap hari untuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikan yang objektif PPV ini tercapai. Angka 50,000 ini tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama padu daripada setiap individu.

Begitu juga kesanggupan warga komuniti untuk hadir ke PPV IPT UNIMAS walaupun kadangkala perlu menempuh perjalanan yang panjang atau sukar. Kami kagum dengan anda. Kami suka mendengar cerita anda semasa di kaunter pendaftaran atau di ruang menunggu. Terselit juga kisah menarik seorang juruterbang komersial yang bergegas terus ke PPV IPT UNIMAS selepas mendarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat.

“Mendapatkan vaksin adalah tanggungjawab saya, lebih-lebih lagi sebagai seorang juruterbang,” tegas beliau.

Syabas!

Tidak lupa juga, PPV IPT UNIMAS tidak putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang prihatin. Sumbangan daripada kalian membantu menghidupkan PPV IPT UNIMAS. Sumbangan kalian turut membantu mengalas perut dan memberi keselesaan kepada penerima-penerima vaksin selama mereka menunggu giliran.

Ada masanya, perkhidmatan kami tidak selancar yang dirancang. Sungguhpun demikian, kerjasama dan kesefahaman sesama warga UNIMAS serta senyuman penerima-penerima vaksin adalah pembakar semangat bagi para petugas dan sukarelawan untuk meneruskan langkah perjuangan yang telah dicorak.

Di sini kami kongsikan bibit-bibit di sebalik pencapaian angka 50,000 PPV IPT UNIMAS.

A picture is worth a thousand words... kata omputih.

Terima kasih UNIMASians, sik kira boskah, doktorkah, nursekah, dresserkah, lecturerkan, researcherkah, stafkah, adminkah, teknikalkah, logistikkah, operasikah, GTAkah, kakak keceriaankah, studentkah... segala kaunter, semualah arum bulak, kitak orang nang best, sporting dan medes!

2

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo