Events Calendar

Download as iCal file
MAGU pengiktirafan buat warga UNIMAS
Wednesday 17 March 2021, 03:00pm - 05:00pm
Hits : 872
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MAGUUU2.JPG

MAGUUU1

KOTA SAMARAHAN, 17 Mac 2021: Seramai 164 orang staf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 67 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Setia (APS) dan 28 orang menerima penghargaan sempena persaraan dalam Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2021 yang diadakan bertempat di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, pagi tadi.

MAGU 2021 turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada para staf yang berjaya di dalam Anugerah Akademik, Anugerah Pengurusan, Anugerah Sukan, Anugerah Inovasi ICT Pengurusan, Anugerah Webometrics dan Anugerah RISE@UNIMAS.

Sijil penghargaan juga turut disampaikan kepada 14 penerima yang telah banyak memberi sumbangan kepada universiti serta mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara sepanjang tahun 2020 antaranya Profesor Dr Balbir Singh a/l Mohan Singh, Profesor Dr Indraneil Das, Profesor Madya Dr Saiful Bahari Mohd Yusof dan lain-lain.

Majlis tahun ini turut menyampaikan Anugerah Permata Gemilang kepada waris Allahyarhamah Korina Ibrahim, Pengarah Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kup (PeTARY) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Februari 2021 lepas sebagai menghargai sumbangan dan bakti Allahyarhamah kepada UNIMAS amnya dan PeTARY khasnya sejak awal penubuhan Universiti ini pada tahun 1993.

Masih mengekalkan tema ‘Teguh Bersama’ (Stronger Together), MAGU dilihat sebagai medium penting untuk mengiktiraf sumbangan staf-staf UNIMAS yang telah banyak memberi sumbangan sama ada di peringkat Universiti, kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pengurusan, sukan serta inovasi.

Tahun ini, MAGU telah diadakan secara hibrid atau kombinasi fizikal dan maya (virtual).

Hadir menyempurnakan majlis bersejarah ini dengan memastikan agar pematuhan kepada prosedur operasi standard pandemik COVID-19 dipatuhi sepanjang masa ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjaraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Timbalan-timbalan Naib Canselor.

 
Attachment(s):
 
 
Demo