Events Calendar

Download as iCal file
Love-In-A-Box UNIMAS bantu ceriakan kanak-kanak
Tuesday 22 December 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1774
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
lovebox1.jpeg

lovebox2lovebox3

 

Kota Samarahan, 22 Disember 2020 :  Program ‘Love-In-A-Box’ UNIMAS tahun ini diteruskan ke Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching.

Sumbangan barang-barangan keperluan, permainan, barangan sekolah dan sebagainya dari warga UNIMAS telah dikumpulkan sejak awal bulan ini mengikut ‘wishlist’ (atas permintaan) 73 orang penghuni kebanyakkan kanak-kanak di rumah kebajikan berkenaan.

Penyerahan sumbangan yang terkumpul telah disampaikan oleh Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Azlan Ramli kepada Pengetua Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Encik Mohamad Iskandar Mohammed Tudin, petang kelmarin.

Sambil mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima-kasih, Mohamad Iskandar berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada kanak-kanak di sana.

Hadir sama menyertai majlis penyerahan tersebut ialah Penolong Pendaftar Kanan, Encik Syahizan@Syahrizan Abang Monir, Setiausaha Pejabat, Cik Meilyn Vicky ak Keron dan Pembantu Tadbir, Encik Nurul Azwan Jamal Shukuri.

 
Attachment(s):
 
 
Demo