Events Calendar

Download as iCal file
Pensyarah UNIMAS bantu bangunkan Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching
From Thursday 05 November 2020
To Friday 06 November 2020
Hits : 1444
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
NANI1.jpg

NANI2

Kota Samarahan, 5 November 2020: Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra Musa dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS atas pelancaran Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching yang telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini.

Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching tersebut dibangunkan oleh kedua-dua pensyarah UNIMAS berkenaan bersama-sama pasukan mereka bagi membantu dalam penambahbaikan perkhidmatan masjid seiring dengan langkah Kerajaan untuk menjadikan teknologi digital sebagai medium pembentangan hasil warisan.

Kiosk Maklumat mengandungi skrin interaktif sesentuh yang mengetengahkan beberapa warisan Sarawak seperti sejarah warisan Masjid Bandaraya Kuching, maklumat mengenai Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Light Box yang menyediakan imbasan kod QR untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman.

Menurut Datuk Abdul Karim, Kiosk Maklumat Masjid Bandaraya Kuching tersebut merupakan sebahagian dari Pelan Strategik Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) yang memperkenalkan monument sejarah, kampung warisan, perniagaan warisan dan warisan tebingan sungai Sarawak kepada pelancongan dunia.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan menerapkan inisiatif yang sama kepada beberapa buah lagi warisan Sarawak lain seperti Rumah Warisan Jalan Masjid, Madrasah Orang Melayu Islam dan banyak lagi.

Dalam pada itu, OKSHe dan UNIMAS turut menyumbangkan 10 telekung perempuan dan 12 kain pelikat untuk digunakan oleh jemaah Masjid dah empat jubah untuk digunakan oleh pengunjung   semasa melawat Masjid.

Turut hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Sabariah Putit, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Naib Canselor UNIMAS merangkap Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi

 
Attachment(s):
 
 
Demo