Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS bersedia bergerak ke arah kelestarian kampus
Monday 19 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1248
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Strategik UNIMAS3.JPG

STRATEGIK UNIMAS2strategik UNIMAS1

KOTA SAMARAHAN, 19 Oktober 2020 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pelan Strategik 2021 – 2025 UNIMAS dan Inisiatif Kelestarian Universiti bertempat di Arena Gemilang, DeTAR Putra UNIMAS.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Naib Canselor UNIMAS, Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi berkenaan Pelan Strategik 2021 - 2025 UNIMAS yang bakal digunakan sebagai rangka perancangan universiti untuk dicapai dalam tempoh 5 tahun serta perancangan pembangunan kelestarian universiti yang selaras dengan pelancaran Inisiatif Kelestarian Universiti.

Di dalam ucapan beliau memaklumkan bahawa idea dan inspirasi Pelan Strategik UNIMAS 2021-2025 adalah hasil penelitian 13 dokumen keperluan pihak berkepentingan serta telah melalui beberapa siri keterlibatan staf dan pelajar dari pelbagai peringkat dan kategori serta dimurnikan dalam beberapa siri bengkel bersama pihak Pengurusan Universiti dalam mengenal pasti kekuatan, kekangan serta cabaran yang harus difokuskan. Penjajaran turut dilakukan selari dengan agenda nasional dan antarabangsa seperti Malaysia Education Blueprint (Higher Education) 2015-2025, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 dan United Nation Sustainable Development Goals (SDG) untuk memastikan setiap komitmen dapat ditandaaras dan dinilai mengikut rangka kerja yang diakui standard.

Pelan Strategik 2021-2025 UNIMAS adalah bertemakan Inclusive, Global and Sustainable dengan lima fokus strategik iaitu Ketersediaan Graduan Masa Hadapan, Kecemerlangan Penyelidikan, Kecemerlangan Bakat, Kesohoran Global dan Kelestarian Kewangan serta ianya turut didukung oleh 15 komitmen dan 52 petunjuk prestasi utama. Proses menyelaras, memantau dan menilai petunjuk prestasi utama akan dilaksanakan melalui Sistem Penyampaian & Pemantauan Prestasi (SPeeD) yang telah dibangun dan diselaraskan oleh Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC).

UNIMAS turut melancarkan Inisiatif Kelestarian Universiti pada hari ini, seiring dengan komitmen serius universiti dalam penerapan budaya kelestarian kampus dan alam sekitar serta kesedaran akan pentingnya untuk meningkatkan kualiti persekitaran ke arah yang lebih baik untuk menangani kesan-kesan terhadap alam dan kehidupan warga kampus.

Antara inisiatif kelestarian universiti yang dicadangkan adalah penggubalan Polisi Kelestarian UNIMAS, pengenalan kepada projek inovasi kelestarian, pengurusan maklumat program kelestarian dan memperkasakan amalan kelestarian yang sedia ada di UNIMAS.

Pada masa yang sama, turut diadakan adalah penyerahan watikah pelantikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Universiti, Yang Berusaha Profesor Dr Wan Hashim Bin Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselori (Penyelidikan dan Inovasi) oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie. Jawatankuasa Kelestarian Universiti telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 02/2020 ke 94 yang lalu dan bertanggungjawab ke atas strategi kelestarian dan pencapaian UNIMAS ke arah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030.

Turut hadir bagi menyempurnakan majlis bersejarah ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, ahli lembaga Pengarah UNIMAS, barisan pengurusan tertinggi UNIMAS ahli Majlis Dekan serta staf UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo