Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS jalankan ujian calitan COVID-19 buat pelajar kembali ke Sabah
Wednesday 20 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1125
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-20 at 11.25.43.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 20 Mei 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kelmarin memulakan proses ujian calitan (swab test) kepada pelajar yang akan dihantar pulang ke Sabah bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS.

Proses ujian calitan dilakukan sejajar dengan arahan terkini Kementerian Kesihatan yang mewajibkan semua pelajar IPT yang akan pulang ke Sabah bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan COVID-19.

Ujian calitan tersebut dilakukan secara berperingkat di UNIMAS dan dikendalikan oleh UNIMAS COVID-19 Task Force. Setakat ini, lebih 200 orang pelajar telah menjalani ujian berkenaan.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah meminta semua pelajar IPT yang akan kembali ke Sabah untuk menjalani ujian calitan sebelum mereka dibenarkan pulang ke negeri berkenaan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pelajar yang disahkan bebas daripada COVID-19 boleh terus dihantar ke negeri masing-masing termasuk Sabah manakala yang positif dihantar ke hospital untuk rawatan.

Terdahulu, iaitu ahad lepas penerbangan ke Sabah melibatkan penghantaran pulang seramai 80 orang pelajar UNIMAS. Dalam pada itu, UNIMAS hari ini juga telah menghantar seramai 87 pelajar ke Sabah menggunakan pesawat MAS kira-kira jam 12.25 tengah hari.

Pelajar-pelajar berkenaan merupakan antara pelajar yang telah didapati bebas dari COVID-19 selepas menjalani ujian calitan. Sepanjang pergerakan pulang, pelajar-pelajar berkenaan juga menjalani pemeriksaan suhu badan, sanitasi beg-beg yang dibawa serta pemeriksaan dokumen oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Bas-bas dan pesawat-pesawat yang dinaiki para pelajar turut disanitasi terlebih dahulu manakala perjalanan pelajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching turut diiringi oleh anggota Polis DiRaja Malaysia.

covid 6 20200520 TYCO3947

covid 15 20200520 TYCO3969

covid 24 20200520 TYCO4102

covid 34 20200520 TYCO4149

WhatsApp Image 2020 05 20 at 11.25.42

WhatsApp Image 2020 05 20 at 11.25.43

UNIMAS GLOBAL

 
Attachment(s):
 
 
Demo