Events Calendar

Download as iCal file
Sekitar penghantaran pulang Pelajar-pelajar IPT ke daerah-daerah di Sarawak
Tuesday 12 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1789
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-12 at 12.23.52 (1).jpeg

Kota Samarahan, 12 Mei 2020 : Hari ini sebanyak 208 pelajar gabungan dari lapan institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu UNIMAS,SIDMA,MSU,Swinburne,Sarawak Skills, Asia Metropolitan dan i-System dihantar pulang ke daerah masing-masing menggunakan 12 bas.

Bas ini telah berlepas jam 1145 pagi tadi menuju ke pelbagai daerah seperti ke Serian, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Pusa, Saratok, Kabong, Roban, Sarikei, Bintangor, Maradong,Julau,Sibu,Tatau, Bintulu, Belaga, Batu Niah, Miri dan Baram.

Semua pelajar ini terlebih dahulu disaring kesihatan mereka yang mana pemeriksaan suhu dibuat sebelum dibenarkan menyertai bas-bas tersebut. Tahap suhu yang dibenarkan ialah tidak melebihi 37.5 celcius. Gelang tangan digital daripada SMA juga turut diagihkan kepada 208 pelajar tersebut .

Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim seperti biasa memberi taklimat ringkas kepada pelajar-pelajar yang pulang dan turut menasihatkan agar mereka sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa kalendar akademik juga telah berubah. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Semester 2 2019/2020 akan dimulakan semula pada 9 Jun 2020 menggunakan kaedah atas talian secara sepenuhnya.

Tambahnya lagi, “jika tiada keperluan mendesak pelajar turut dinasihatkan agar tidak kembali ke kampus pada waktu iti sehingga makluman baharu diumumkan melainkan pelajar yang mungkin menghadapi masalah internet di rumah dan menghadapi kesukaran untuk mengikuti pembelajaran atas talian boleh memaklumkan dan menghubungi Dekan masing-masing.

Datuk Kadim turut mengucapkan selamat jalan dan semoga selamat sampai di destinasi masing-masing kepada pelajar-pelajar tersebut.

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.22.27

WhatsApp Image 2020 05 10 at 12.57.29

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.22.27 1

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.22.28

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.23.57

 

WhatsApp Image 2020 05 12 at 13.52.14 1

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.23.58

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.22.29 2

 

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.23.55

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.23.53

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.23.53 1

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.22.30

WhatsApp Image 2020 05 12 at 12.23.52 1

 
Attachment(s):
 
 
Demo