Events Calendar

Download as iCal file
Warga UNIMAS mula bertugas secara giliran
Tuesday 12 May 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1517
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
rsz_normabaru_2_20200511_tyco2534.jpg

normabaru 4 20200511 TYCO2538

normabaru 6 20200511 TYCO2541

 

 

KOTA SAMARAHAN, 12 Mei 2020: Kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kelmarin telah memulakan tugas di pejabat dan fakulti masing-masing, selepas lebih satu bulan bekerja dari rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lepas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Kenyataan rasmi UNIMAS hari ini menyebut, kakitangan yang turun ke pejabat adalah mengikut sistem giliran bertugas. Kakitangan yang tidak turun ke pejabat masih diwajibkan bekerja dari rumah bagi tempoh dua minggu ini.

UNIMAS turut mewajibkan semua kakitangan untuk terlebih dahulu mengisi borang COVID-19 Self Risk Assessment satu hari sebelum turun ke pejabat dan seterusnya menjalani saringan kesihatan di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), UNIMAS, pada hari berikutnya.

UNIMAS tidak membenarkan kakitangan yang berstatus Person Under Investigation (PUI) dan staf yang diberi arahan kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia/Sarawak Disaster Management Committee untuk hadir ke pejabat. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu melaksanakan tugas dari rumah.

Kakitangan yang bekerja dari rumah akan merekod kehadiran masing-masing menggunakan aplikasi UNIMAS WeCare pada hari bekerja.

Dalam pada itu, kebanyakan kakitangan yang memulakan tugas kelmarin mengambil inisiatif bersama dengan melakukan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan penyusunan di pejabat masing-masing.

Kakitangan UNIMAS kelmarin turut mengedarkan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman di setiap pejabat dan fakulti di UNIMAS.

normabaru 15 20200511 TYCO2564

normabaru 25 20200511 TYCO2597 1

normabaru 20 20200511 TYCO2577

normabaru dalam opis

normabaru 11 20200511 TYCO2553

normabaru 14 20200511 TYCO2561

normabaru 27 20200511 TYCO2601

normabaru 3 20200511 TYCO2537

UNIMAS GLOBAL

 
Attachment(s):
 
 
Demo