Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS hantar pulang 622 pelajar ke Johor, Alor Setar, Terengganu dan Pulau Pinang
Monday 11 May 2020
Hits : 1683
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-05-10 at 10.11.48.jpeg

Kota Samarahan, 11 Mei 2020 : Proses penghantaran pulang pelajar IPT Zon Sarawak diteruskan dengan menyaksikan seramai 622 orang lagi pelajar telah dihantar pulang menggunakan pesawat yang berlepas pada hari kelmarin.

Pelajar-pelajar tersebut melibatkan 152 pelajar dihantar pulang ke Johor Bahru, Pulau Pinang (154 pelajar), Alor Setar (157 pelajar) dan Terengganu (159 pelajar).

Pelajar-pelajar ini merupakan sebahagian dari pelajar yang terkandas di dalam kampus di IPT masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 manakala UNIMAS telah diberi kepercayaan sebagai Koordinator untuk menyelaras pengangkutan bagi program menghantar pulang pelajar-pelajar IPT Zon Sarawak ke bahagian-bahagian dalam Sarawak/ Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Sebelum dibenarkan menyertai proses penghantaran pulang, para pelajar dikehendaki untuk menjalani saringan kesihatan pada hari sebelum dan hari kejadian bagi memastikan tahap kesihatan pelajar adalah dalam keadaan baik sebelum dibenarkan pulang bertemu semula dengan keluarga masing-masing.

Selain terlibat secara langsung dalam proses penghantaran pulang pelajar IPT Zon Sarawak, UNIMAS juga telah membantu menyelaras pengangkutan pulang ke daerah asal bagi pelajar- pelajar IPT lain dari Semenanjung dan Sabah yang tiba di Lapangan Terbang Kuching (KIA).

Kelmarin sahaja, seramai 755 pelajar yang telah tiba di KIA telah diuruskan pengangkutan oleh UNIMAS untuk ke destinasi pelajar seterusnya di dalam negeri ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim yang turut menyelia penyelarasan penghantaran pelajar pulang kelmarin dalam ucapan ringkasnya memberitahu hampir 3000 pelajar telah dihantar pulang setakat ini.

Beliau memaklumkan UNIMAS akan terus mengkordinasikan proses penghantaran pulang pelajar yang mana dijangka akan melibatkan beberapa jumlah kumpulan pelajar yang besar dalam minggu ini.

Menurutnya, UNIMAS akan sentiasa memastikan proses ini berjalan dengan baik megikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

student 4

faces of unimas 10

covid 99 20200510 TYCO1916

covid 97 20200510 TYCO1910

faces of unimas 2

faces of unimas 3

nc with student 1

covid 109 20200510 TYCO1991

covid 159 20200510 TYCO2272

covid 163 20200510 TYCO2292

covid 200 20200510 TYCO2501

covid 197 20200510 TYCO2482

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo