Events Calendar

Download as iCal file
Meja Jualan Tupperware dan Tupperware Party Sempena Hari Terbuka FPSK
Friday 01 November 2019
Hits : 2723
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FPSK Open Day 1.jpg

Sempena Hari Terbuka FPSK, meja jualan Tupperware kami telah dibuka dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Tujuan meja jualan ini adalah untuk menjual barangan kegunaan harian Tupperware seperti Eco Bottle, kontena makanan dan bekas simpanan makanan yang merupakan produk asas Tupperware.

Barangan tersebut dijual bagi menggalakkan Kempen Safe & Recycle di mana barangan Tupperware boleh diganti daripada penggunaan bekas biasa seperti bekas polisterin, single-usage plastic container dan botol mineral yang memberi impak kepada bumi dan bahan plastik yang boleh memudaratkan kesihatan. Ini adalah kerana barangan Tupperware boleh digunapakai secara berulang. Selain itu juga, barangan Tupperware diperbuat daripada bahan plastik yang bermutu tinggi dan selamat digunakan kerana bebas BPA.

Bagi langkah penjimatan, meja jualan Tupperware kami ada menawarkan pendaftaran keahlian serta pembelian barangan Tupperware dengan harga istimewa. Selain itu, setiap ahli baru yang berdaftar akan dihadiahkan dengan Hadiah Misteri Tupperware sebagai penghargaan dan sempena Hari Terbuka FPSK.

Tupperware Party

Pada waktu puncak tengahari hari tersebut, kami telah menganjurkan Tupperware Party di mana kesemua peserta yang hadir diberi maklumat dengan penggunaan, cara penjagaan dan perbezaan barangan Tupperware serta bagaimana penggunaan Tupperware dapat membantu dalam Kempen Safe & Recylcle.

Tupperware Party dibuka kepada semua dan hanya boleh disertai secara walk-in. Peserta juga dikongsikan maklumat dan demo barangan makanan kesihatan TupperwareBrands di bawah rangkaian NaturCare seperti Fiberphyl & PhytoLyfe yang boleh membantu sistem penghadaman dan GlutaHA yang membantu dalam kecantikan secara dalaman.

 

FPSK Open Day 1

Meja Jualan Barangan Tupperware

 

FPSK Opan Day 2

Pendaftaran Ahli Tupperware

 

FPSK Opan Day 3

Peserta yang menghadiri Tuppeware Party

 

FPSK Open Day 4

 

FPSK Open Day 5

Pendedahan penggunaan barangan Tupperware & meja demo barangan NaturCare

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo